Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
redmi note 10

Redmi Note 10 Dijangka Hadir Dengan Cip Dimensity 820 Dan 720

Diterbitkan September 3, 2020 oleh Amalina Athman

Penanda aras sebelum ini memperlihatkan Redmi Note 10 akan dikuasakan cip Dimensity 820. Terkini, Digital Chat Station menyatakan terdapat penambahan model peranti Redmi yang akan menggunakan cip Dimensity 720.

Redmi Note 10 dimensity

Terdapat kemungkinan peranti kedua ini akan dilancarkan sebagai “Redmi 10” atau Note 10 dan Note 10 Pro. Dalam pada itu, Redmi Note 10 adalah peranti pertama dalam keluarga Redmi Note yang akan menerima sokongan rangkaian 5G.

Redmi Note 10 bukanlah yang pertama menggunakan cip Dimensity 820 kerana Redmi 10X 5G telah pun menggunakan cip itu. Namun, ia hanya diperkenalkan untuk pasaran China.

Terdahulu, MediaTek telah mengumumkan perancangan untuk memperkenalkan cip Dimensity secara global pada suku ketiga tahun ini.  Dengan itu, dijangka Redmi Note 10 adalah antara peranti yang akan dimuatkan dengan cip itu.

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY