Seperti siri-siri sebelumnya, siri Redmi Note bakal hadir dengan 2 model.
Untuk model asas iaitu Redmi Note 10, ia dilaporkan akan menggunakan cip dari Snapdragon 750G.
Cip ini baru sahaja dilancarkan baru sahaja seminggu lalu dan menawarkan prestasi lebih baik berbanding Snapdragon 732G.
Antara lainnya, Redmi Note 10 ini akan hadir dengan kapasiti bateri 4,820mAh. Sebagai perbandingan, siri Redmi Note 9 sebelum ini hadir dengan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 5,020mAh.
Untuk spesifikasi Redmi Note 10 Pro pula, ura-ura sebelum ini mengatakan ia bakal dijana oleh cip dari MediaTek iaitu Dimensity 820.
Selain dari itu, tidak banyak yang diketahui namun dari segi reka bentuk, ia bakal hadir dengan rekaan seumpama Poco X3 NFC.
Melalui sumber juga, dikatakan Redmi Note 10 dan Xiaomi Mi 10T Lite adalah merupakan satu telefon yang sama dengan penjenamaan berbeza.
Untuk Mi 10T Lite tersebut, ia bakal dilancarkan pada 30 September seiring dengan Mi 10T dan juga Mi 10T Pro.
Siri Redmi Note 10 ini pula belum lagi mendapat tarikh jangkaan pelancaran. Namun ia sudah tentu akan diperkenalkan dalam masa terdekat untuk bersaing dengan siri dari realme 7.
Sumber: Mysmartprice
Berkaitan
- Redmi Airdots 2 Diperkenalkan Dengan Bluetooth 5.0, Harga Masih Lagi Berpatutan
- Latensi Bluetooth Pada AirPods Pro Hampir 2 Kali Ganda Lebih Baik Berbanding AirPods Pertama
- Xiaomi Mi 2K Gaming Monitor 27" Dengan QHD 165Hz Diperkenalkan Berharga RM1,699
- OPPO Reno3 Pro Versi Global Dilancarkan - MediaTek Helio P95, Paparan 90Hz Dan Swafoto 44MP
- vivo Jelaskan Mengapa X50 Pro+ Tidak Dilengkapi Dengan Kamera Gimbal Seperti X50 Pro
- Huawei MatePad Pro 5G - Tablet Berkuasa Lebih Elegan Dengan Bezel Nipis
- Huawei Mate 40 Pro+ Kalahkan Huawei Mate 40 Pro Untuk Kamera Terbaik DxOMark
- Xiaomi Mi 11 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 8 Februari 2021
- Ini Senarai 10 Telefon Pintar Paling 'Sedap' Setakat Oktober 2021
- Realme Umum Jadual Kemaskini ColorOS 7 - Dimulakan Dengan Realme 3 Pro, Realme XT