Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo x50 pro

vivo Jelaskan Mengapa X50 Pro+ Tidak Dilengkapi Dengan Kamera Gimbal Seperti X50 Pro

Diterbitkan Jun 3, 2020 · Dikemas kini Jun 3, 2020 oleh Meor Hasyim

Baru-baru ini vivo baru sahaja selesai melancarkan siri vivo X50 iaitu peranti yang memfokuskan teknologi kamera. Apa yang menarik adalah ia hadir dengan kamera gimbal yang merupakan satu kaedah baharu untuk melakukan penstabilan.

Namun, kamera gimbal ini hanya dimuatkan dalam model vivo X50 Pro, dan bukannya model mercu mereka iaitu vivo X50 Pro+.Ini seterusnya menimbulkan pertanyaan ramai mengapa model yang lebih mahal tidak menyertakan teknologi terbaharu ini.

Menurut vivo, mereka tidak memuatkan teknologi kamera gimbal pada model X50 Pro+ disebabkan sensor Samsung ISOCELL GN1 pada peranti tersebut adalah terlalu besar. Jika ia dimuatkan juga, peranti akan menjadi terlalu tebal dan tidak selesa untuk dipegang.

vivo x50

Walaupun tiada kamera gimbal, vivo X50 Pro+ masih lagi dilengkapkan dengan OIS untuk tujuan yang sama. Tambahan juga, sensor pada X50 Pro+ lebih berkualiti dan dimuatkan dengan teknologi terkini Tetracell dan juga pemfokusan Dual-Pixel..

Melihat kepada alasan vivo, sudah tentu mereka tidak mahu mengorbankan rasa genggaman premium peranti dengan memuatkan kamera gimbal.

Secara tidak langsung, ia memberikan pilihan kepada pengguna, jika lebih mengutamakan kualiti gambar terutamanya waktu malam, pilih X50 Pro+. Manakala untuk pengguna yang mahukan kualiti video dengan teknologi penstabilan terbaharu, mereka boleh memilih X50 Pro.

Sumber: Weibo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY