Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Mi 11 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 8 Februari 2021

Xiaomi Mi 11 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 8 Februari 2021

Diterbitkan Januari 29, 2021 ยท Dikemas kini Januari 29, 2021 oleh Meor Hasyim

Penantian sudah pun berakhir. Telefon dengan cip Snapdragon 888 pertama di Malaysia bakal dilancarkan pada tarikh 8 Februari 2021 nanti.

Xiaomi Malaysia kini telah mengumumkan secara rasmi tarikh pelancaran Mi 11 selaku telefon paling berkuasa mereka dalam kurang 2 minggu lagi.

Telefon ini sebelum ini sudah pun dilancarkan di China pada sebulan lepas. Selain Snapdragon 888, ia hadir dengan pelbagai spesifikasi mengiurkan seperti skrin 120Hz QHD AMOLED, kamera utama 108MP, bateri berkapasiti 4,600mAh, dan pengecasan pantas 55W.

Xiaomi Malaysia menjadualkan acara pelancaran pada pukul 8 malam di media sosial Facebook, Twitter, YouTube, dan laman rasmi Xiaomi.

Di China, Xiaomi Mi 11 dijual pada tanda harga bermula sekitar RM2480 manakala harga jualannya untuk pasaran tempatan sudah tentu menjadi teka teki utama telefon ini.

Xiaomi Mi 11 di China dijual dalam 2 edisi, satu dengan pengecas dan sebuah lagi edisi tanpa pengecas dalam kotak yang lebih kecil.

Untuk mengetahui adakah Xiaomi Malaysia bakal menawarkan pilihan pengecas kepada pengguna atau tidak, sama-sama kita nantikan kejutan dari mereka.

Sumber: Xiaomi Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY