OPPO Reno3 Pro Versi Global Dilancarkan - MediaTek Helio P95, Paparan 90Hz Dan Swafoto 44MP

Disember tahun lalu, OPPO telah memperkenalkan model Reno3 Pro untuk negara China. Hari ini versi global telah dilancarkan dan terdapat beberapa perbezaan antara kedua varian ini.

Untuk varian negara China, terdapat 2 model yang diumumkan iaitu Reno3 dan juga Reno3 Pro. Versi global hanya memperkenalkan satu sahaja varian iaitu Reno3 Pro.

Oppo Reno 3 Pro

Perbezaan kedua-dua varian ini terletak pada skrin, cip pemprosesan, kamera, dan juga sokongan rangkaian.

OPPO Reno3 Pro versi global mempunyai skrin bersaiz 6.4 inci Super AMOLED dengan nisbah 20:9. Ia juga dimuatkan dengan rekaan kamera berlubang berbentuk pil. Resolusi pula adalah pada FHD+ dan turutmempunyai pengimbas cap jari di dalamnya.



Selain itu, peranti juga menggunakan cip MediaTek Helio P95 yang baru sahaja diumumkan, bukannya cip Snapdragon 765G. RAM tersedia dalam 8GB dengan pilihan storan dalaman 128GB atau 256GB. Terdapat juga sokongan microSD untuk penambahan memori jika perlu.



Kamera juga sedikit berbeza. Ia masih mengekalkan tetapan kuad kamera belakangnya namun kini ia dimuatkan dengan 64MP (f/1.7) utama pula. Lensa lain-lain adalah sama dengan 13MP (f/2.4) telefoto (2x zum optikal), 8MP (f/2.2) ultralebar, dan 2MP (f/2.4) monokrom depth.



Kamera swafoto juga menerima naik taraf. Ia mempunyai sensor 44MP yang dipadankan dengan 2MP (f/2.4) lensa depth.

Dengan janaan cip Helio P95, secara automatiknya ia tidak menyokong rangkaian 5G tidak seperti varian model China.

Untuk bateri, OPPO Reno3 Pro dilengkapi dengan kapasiti 4,025mAh dengan sokongan pengecasan pantas 30W melalui VOOC Flash Charge 4.0. Peranti walau bagaimanapun tidak menyokong teknologi pengecasan tanpa wayar.

Dari segi perisian, peranti menjalankan ColorOS 7 yang berasaskan Android 10.

Reno3 Pro Exterior

OPPO Reno3 Pro dijual di India pada harga INR 29,990 (~RM1,749) untuk versi 8GB/128GB dan INR 32,990 (~RM1,923) untuk versi 8GB/256GBIa tersedia dalam 3 pilihan warna Auroral Blue, Midnight Black, dan Sky White.

Sumber: OPPO Reno3 Pro