Redmi Kini Sah Dipisahkan Dengan Xiaomi, Tampil Sebagai Sub-Jenama

Sebelum ini, Xiaomi dilaporkan bercadang untuk "berpisah" dengan siri Redmi dan menjadikannya sebagai sebuah sub-jenama baharu di bawah mereka.

Terkini, mereka sudah pun dipisahkan secara rasmi, sekaligus menjadi Redmi sebagai sub-jenama kedua Xiaomi selepas Pocophone sebelum ini.

Siri Redmi dikenali sebagai satu siri yang menfokuskan kepada penawaran peranti kelas pertengahan dengan harga murah.

Kapsyen: Business Today


Ia berbeza dengan Poco dimana jenama berkenaan lebih kepada menawarkan peranti berspesifikasi tinggi dengan harga mampu milik.

Perpisahan ini juga membolehkan Xiaomi memberi lebih perhatian kepada pembangunan model kelas perdana mereka seperti siri Xiaomi Mi dan Xiaomi Mi Mix.

Redmi dijangka akan memperkenalkan peranti pertama mereka pada 10 Januari ini di China dan ia dikatakan akan mempunyai kamera utama dengan sensor 48MP.

 

Sumber: TechRadar