Redmi K30 Pro Dan Redmi K30 Pro Zoom Edition Diumumkan, Dilengkapi Snapdragon 865 Dan Kuad Kamera

Setelah mengumumkan Redmi K30 pada penghujung 2019 di China yang juga dikenali sebagai Poco X2 di India, kini pengeluar menghadirkan pula versi Pro dan Pro Zoom Edition.

Ia tampil dengan spesifikasi berkuasa seperti Snapdragon 865 yang turut memberi keupayaan sambungan 5G dan juga pensijilan IP53.



Redmi K30 Pro Zoom Edition

Melihat kepada spesifikasi yang ditawarkan, Redmi K30 Pro Zoom Edition mempunyai skrin paparan 6.67 inci Super AMOLED (2340 x 1080p). Menyokong HDR10+, ia juga disertakan dengan kadar input 180Hz.



Selain penggunaan cip berkuasa Qualcomm, peranti ini dimuatkan dengan kombinasi memori LPDDR 5 RAM 6GB+128GB dan RAM 8GB+128GB. Storan yang digunakan adalah berasaskan UFS 3.1.

Kelengkapan kamera pula menawarkan sistem kuad kamera terdiri daripada 64MP (IMX 686), 8MP telefoto (3x zoom optikal, 30x zoom digital), 13MP ultra lebar dan 2MP makro. Model Zoom Edition tersedia dengan ciri penstabilan imej optikal (OIS). Rakaman hadapan menggunapakai kamera 20MP menerusi mekanisme terangkat.

Mendatangkan bateri 4700mAh, kuasa isian yang disediakan untuk model ini adalah pengecasan pantas 33W. Ia dikatakan mampu mengecas pada 50% kuasa dalam tempoh 30 minit.

Redmi K30 Pro

Sebuah lagi model, Redmi K30 Pro merupakan model yang membawakan spesifikasi hampir sama seperti Zoom Edition. Namun begitu, ada beberapa penawaran yang membezakan antara keduanya.



Antaranya ialah tidak mempunyai ciri dwi-OIS seperti Zoom Edition dan hanya dihadirkan dengan kamera telefoto 5MP. Difahamkan lagi bahawa model Redmi K30 Pro hanya dilengkapi dengan RAM LPDDR4X dan storan berasaskan UFS 3.0

Harga jualan kedua-dua peranti di China adalah seperti berikut:

Redmi K30 Pro Zoom Edition

  • RAM  8GB+128GB - 3799 yuan (~RM2385)

  • RAM 8GB+256GB - 3999 yuan (~RM2510)


Redmi K30 Pro

  • RAM 6GB+128GB - 2999 yuan (~RM1882 )

  • RAM 8GB+128GB - 3399 yuan (~RM2134 )

  • RAM 8GB+256GB - 3699 yuan (~RM2322 )


Terdapat empat warna pilihan yang ditawarkan iaitu Moonlight White, Sky Blue, Star Rising Purple dan Space Gray.

Sumber: Beebom