Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
redmi 9

Redmi 9 Dijual Bermula RM499 Di Malaysia, Jualan Mulai 18 Jun

Diterbitkan Jun 15, 2020 oleh Amalina Athman

Xiaomi kini mengumumkan ketibaan Redmi 9 dalam keluarga besar Redmi untuk menggantikan siri popular Redmi 8. Peranti yang akan mula dijual pada 18 Jun ini diletakkan pada harga RM499 untuk pasaran tempatan.

Menyentuh spesifikasi, Redmi 9 mengguna pakai rekaan Redmi K30 yang mempunyai rekaan bulat mengelilingi modul kamera. Peranti ini dilengkapi dengan paparan LCD bersaiz 6.53 inci Full HD.

Redmi 9.

Turut melengkapkan Redmi 9 adalah kuad kamera dengan 13MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP depth, dan 5MP makro. Bahagian hadapan pula dimuatkan dengan kamera swafoto 8MP.

Seterusnya, peranti ini dikuasakan cip MediaTek Helio G80 dengan RAM 3GB dan storan dalaman sehingga 64GB. Redmi 9 bakal ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Purple dan Grey.

Redmi 9 Malaysia

Redmi 9 dengan RAM 3GB dan storan 32GB akan ditawarkan mulai 18 Jun pada harga promosi RM449 (harga asal RM499). Bagi variasi RAM 4GB dan storan dalam 64GB, ia akan mula tersedia pada 25 Jun 2020 dengan harga RM599.

Pembelian Redmi 9 boleh dilakukan melalui Shopee (https://invol.co/clp3k7).

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY