Nubia RedMagic 7 Global Rasmi, Dapatkan Dengan Harga Serendah RM2799

Sebelum ini ZTE Nubia RedMagic 7 telah pun dilancarkan pada bulan Februari yang lalu. Kini, versi global RedMagic 7 sudah pun dilancarkan pada jam 7.00 semalam 12 April 2022.

Sebagai sebuah peranti baharu tahun ini, RedMagic 7 ini hadir dengan cip pemprosesan terbaharu dari Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Gen 1. Terdapat 3 varian untuk RedMagic 7 ini iaitu 12GB+128GB, 16GB+256G dan 18GB+256GB dengan LPPDDR5 dan UFS3.1.



Skrin yang digunakan berukuran 6.8 inci jenis AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula sehingga 165Hz dan 720Hz kadar input sentuh. Seperti peranti gaming yang lain, RedMagic 7 ini juga mempunyai Touchpad Shoulder Triggers 500Hz.

Untuk setiap peranti gaming juga akan memfokuskan pada sistem penyejukan untuk memastikan peranti mereka berada dalam suhu optimum. Yang menjadikan peranti ini lebih unik kerana kipas penyejuk terbina dalam peranti itu sendiri.

Sistem ini dipanggil sebagai ICE 8.0 Magic Cooling System. Ia berfungsi bersama dengan kipas empar (centrifugal) berkelajuan tinggi sehingga 20,000RPM untuk melepaskan haba dengan lebih pantas. Namun, fungsi ini hanya terdapat pada versi Supernova sahaja.



Bateri yang dimuatkan adalah bersaiz 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas GaN 65W. Pembesar suara yang digunakan adalah jenis stereo dan mempunyai sokongan Dolby Atmos.

Untuk peminat game FPS, jangan risau kerana RedMagic 7 masih lagi mengekalkan bicu audio 3.5mm.



Jadi, bagi yang sedang mencari-cari peranti gaming, mungkin anda RedMagic 7 ini boleh menjadi salah sebuah peranti untuk pertimbangkan. Untuk harga jualan, anda boleh rujuk di bawah:

RedMagic 7

Sumber: RedMagic

Baca juga: