RedMagic 7
Bermula dengan RedMagic 7, varian ini merupakan peranti 'permulaannya'. Dilengkapi skrin 6.8 inci dengan panel AMOLED beresolusi FHD+, ia menyokong kadar segar semula 165Hz.
Di dalam, terbinany acip Snapdragon 8 Gen 1 yang dipadankan bersama memori 8GB atau 12GB RAM serta storan dalaman sehingga 512GB, bateri berkapasiti 4500mAh dan pengecasan pantas 120W.

Turut menampilkan sistem penyejukan ICE 8.0 termasuk kipas RGB yang berpusing pada kadar 20,000 rpm serta plat penyejukan VC. Terdapat tiga kamera belakang di mana 64MP utama, 8MP ultra lebar dan 2MP makro. Sementara lensa swafoto pula 16MP.
Antara lainnya ialah Bluetooth 5.2, Wi-Fi 6, pembesar suara stereo, 3 mikrofon, bicu audio 3.5mm, menjalankan RedMagic 5.0 berasaskan Android 12 dan sebagainya.
RedMagic 7 Pro
Beralih pada varian lebih berkuasa, RedMagic Pro bukan sahaja sarat dengan spesifikasi lebih baik, ia juga hadir dengan kamera di bawah skrin (UDC).
Didatangkan cip Snapdragon 8 Gen 1, turut digandingkan bersama Red Core 1 yang mana cip itu akan membantu mempertingkatkan pengalaman bermain game.
Konfigurasi memori ditawarkan memori sehingga 18GB LPDDR5 RAM yang menyokong RAM maya sehingga 24GB RAM dan 1TB storan dalaman.

Skrin pula seluas 6.8 inci AMOLED FHD+ 120Hz di mana mempunyai warna 10-bit, gamut warna DCI-P3 100% dan lain-lain.
Paparannya juga hadir dengan pengimbas cap jari pada skrin dan bukan itu sahaja, kamera swafoto 16MP juga berada di dalam skrin.
Bagi kemampuan fotografi lain, masih sama, iaitu 64 MP utama yang digandingkan 8MP ultra lebar dan 2MP makro.
Bateri sebesar 5000mAh ini ditemani kelajuan mengecas sehingga 135W. Dikatakan ia mampu mengecas peranti dari 0% hingga penuh dalam masa 15 minit sahaja. Malah, di dalam kotak disertakan sekali pengecas 165W GaN.
Harga Jualan
Kedua-dua telefon tersebut ditawarkan pilihan warna Dark Knight, Cyber Neon dan edisi lut sinar. Harga bagi RedMagic 7 bermula 3899 yuan (~RM2575) dan varian tertinggi menjangkau ke 5499 yuan (~RM3632).
Manakala RedMagic 7 Pro pula bermula 4799 yuan (~RM3170) dan varian paling tinggi berharga 7499 yuan (~RM4953).
Sumber: RedMagic Weibo
Baca juga:
PDRM Menasihatkan Pengguna Android Supaya Tidak Memuat Turun Fail APK Dari Sumber Tidak Sah
Siri realme 9 Pro Dilancarkan, Harga Bermula RM1,000
OPPO Find X5 Pro Dengan Kamera Hasselblad Akan Dilancarkan 24 Februari
Berkaitan
- Dapatkan Vivo V17 Pro Berharga RM 1,299 Sempena 9.9
- DisplayMate: Paparan Terbaik Telefon Pintar Setakat Ini Adalah iPhone 13 Pro Max
- HTC Bakal Lancar Telefon Pintar 'Flagship' Hujung Bulan Ini
- Pra-Tempahan Bagi Telefon Pintar Sony Xperia 1 III Kini Dibuka
- Samsung Galaxy A73, A53 Dan A33 Rasmi - Tiada Pengecas, Harga Permulaan RM1499
- AOC Dinobat Jenama Monitor Gaming Nombor Satu Di Dunia Pada Tahun 2020
- WhatsApp Multi-Peranti Tanpa Sambungan Telefon Pintar Kini Boleh Digunakan
- Motorola Moto G10 Dan Moto G30 Rasmi, Telefon 4 Kamera Mampu Milik
- Blogger Didenda Lebih ~RM600 Ribu Kerana Dedah Maklumat Telefon Xiaomi
- POCO F3 GT Akhirnya Rasmi Dilancarkan, Telefon Gaming Murah