Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
redmagic 9 pro

RedMagic 9 Pro Edisi Tahun Naga Akan Dilancar, Mungkin Ada Varian Baharu

Diterbitkan Januari 24, 2024 · Dikemas kini Januari 24, 2024 oleh ariff bukhari

RedMagic baru sahaja mendedahkan rancangannya untuk melancarkan telefon pintar edisi khas tidak lama lagi di pasaran China yang dikenali ‘RedMagic 9 Pro Tahun Naga Edisi Terhad.’

Walaupun butiran lanjut masih agak misteri, syarikat itu memberi bayangan “konfigurasi baharu dan warna baharu” untuk keluaran model eksklusif ini.

RedMagic 9 Pro Edisi Tahun Naga Akan Dilancar, Mungkin Ada Varian Baharu

RedMagic 9 Pro Tahun Naga Edisi Terhad ini mendapat inspirasi daripada model RedMagic 9 Pro Transparent Silver, mungkin menampilkan skema warna dominan putih atau perak

Butiran lanjut mengenai reka bentuk dijangka akan diumumkan dalam beberapa hari akan datang. Walau bagaimanapun, spesifikasi telefon pintar itu mungkin sama dengan RedMagic 9 Pro, selain potensi konfigurasi memori dan storan yang baharu.

RedMagic 9 Pro telah pun dilancarkan untuk pasaran Malaysia yang dikuasakan oleh Snapdragon 8 Gen 3 dan skrin AMOLED 6.8 inci (2480 x 1116) dengan kadar segar semula 120Hz.

RedMagic 9 Pro Tersedia 1 Januari Depan, Harga Bermula RM3699

Hadir dalam 2 varian, RedMagic 9 Pro (12GB RAM + 256GB) dan (16GB RAM + 512GB) masing-masing dijual pada harga RM3,699 dan RM4,499.

Beli RedMagic 9 Pro di:

Shopee – https://invl.io/clkmlme

Lazada – https://invol.co/clkmlmf

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • RedMagic 9 Pro Tersedia 1 Januari Depan, Harga Bermula RM3699
  • HONOR Magic V2 Bakal Tersedia Di Seluruh Negara Bermula 25 Januari Ini
  • Siri OnePlus 12 Kini Dilancarkan Untuk Pasaran Global

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY