Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
redmagic 9 pro

RedMagic 9 Pro Tersedia 1 Januari Depan, Harga Bermula RM3699

Diterbitkan Disember 29, 2023 oleh Muhd Idham

Nubia yang baru sahaja mengesahkan pemasaran telefon pintar terbaru mereka iaitu RedMagic 9 Pro secara global pada 18 Disember lepas akan melabuhkan sayapnya ke pasaran tempatan pada 1 Januari 2024.

RedMagic 9 Pro Tersedia 1 Januari Depan, Harga Bermula RM3699

Untuk imbas kembali, RedMagic 9 Pro dikuasakan oleh Snapdragon 8 Gen 3 dengan reka bentuk paparan skrin rata secara keseluruhan tanpa bonggol kamera dan sistem penyejukan ICE 13 untuk kegunaan yang berpanjangan.

Selain itu, telefon pintar ini juga dipasangkan bersama Red Core 2 yang merupakan cip gaming daripada RedMagic sendiri.

Paparan skrin yang digunakan pula adalah skrin AMOLED 6.8 inci dengan resolusi 2480 x 1116 piksel dan kadar segar semula 120Hz.

RedMagic 9 Pro Tersedia 1 Januari Depan, Harga Bermula RM3699

Selain daripada kecerahan puncak 1,600 nits, RedMagic 9 Pro juga menawarkan kapasiti bateri sebanyak 6,500mAh dengan pengecasan 80W.

Sehubungan dengan itu, anda yang berminat dengan peranti ini boleh mula membelinya di gedung dalam talian rasmi RedMagic Malaysia iaitu Shopee dengan tawaran diskaun sebanyak RM750.

Harga selepas diskaun adalah seperti di bawah.

  • 12GB RAM + 256GB = RM3,699 RM2,949
  • 16GB RAM + 512GB = RM4,499 RM3,749

Ketersediaan peranti dengan harga diskaun tersebut bergantung kepada stok dan hanya sah untuk 1 Januari 2024 hingga 8 Januari 2024 sahaja.

Beli RedMagic 9 Pro di Shopee – https://invl.io/clki9au

Berkaitan

  • RedMagic 9 Pro Dijangka Masuk Malaysia Januari 2024
  • Pakar Kata Pesawat MH370 Mungkin Boleh Dijumpai Dengan Teknologi Terkini
  • Google Uji Ciri Ringkasan 'Message' Untuk Android Auto
  • Xiaomi SU7 Dilancar, Brek Brembo, Skrin 3K, Bakal Tiba Hujung 2024

Sumber: Siaran Media REDMAGIC Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY