Realme XT Dilancarkan Di Malaysia, Harga Jualan RM1399

Tidak menunggu lama selepas menawarakn siri realme 5 dan 5 Pro, kini realme Malaysia kembali menjadi bualan hangat peminat tempatan dengan memperkenalkan realme XT.

Ditawarkan pada harga RM1399, peranti kelas pertengahan ini membawakan skrin paparan 6.4 inci Super AMOLED pada panel hadapan dengan takuk yang dihuni dengan lensa kamera 16MP.

Panel belakang realme XT pula diletakkan dengan barisan kuad kamera 64MP lensa utama, 8MP lensa lebar, 2MP makro serta 2MP potret.

Melengkapkan lagi penawaran ini adalah bateri 4000mAh dengan pengecasan pantas VOOC 3.0 20W. Untuk pasaran tempatan hanya konfigurasi memori RAM 8GB dan storan 128GB yang ditawarkan dengan pilihan warna Pearl Blue serta Pearl White.

Jualan secara luar talian bermula pada 9 November ini sementara penawaran secara eksklusif bermula di 11 November di Lazada.

Kapsyen: Imej | Nasi Lemak Tech


Turut sama dilancarkan adalah realme Power Bank, realme Buds Wireless dan realme Buds 2 yang masing-masing berharga RM129, RM149 dan RM39.

Kapsyen: Imej | Nasi Lemak Tech


Jualan secara pra-tempah realme Buds Wireless dimulakan hari ini dan secara eksklusif pada 11.11 di Shopee.