Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Imej Xiaomi Mi A2 Mula Timbul

Imej Xiaomi Mi A2 Mula Timbul

Diterbitkan Mac 27, 2018 · Dikemas kini Mac 27, 2018 oleh Helmi Samsuri

Peranti Mi A1 memang tidak boleh disangkal lagi sebagai salah satu model kelas pertengahan popular, lebih-lebih lagi dalam negara.

Bersama-sama dengan spesifikasi yang menarik, ia dijual pada harga yang boleh dikatakan berbaloi untuk dimiliki.

Imej Xiaomi Mi A2 Mula Timbul

Kini, khabar angin mula bertiup kencang menceritakan tentang model pengganti iaitu Mi A2(pasaran China mungkin memanggilnya sebagai MI 6X). Mula timbul dengan nama kod M1804D2SC, rekaannya mirip seperti Redmi Note 5 Pro.

Imej Xiaomi Mi A2 Mula Timbul Imej Xiaomi Mi A2 Mula Timbul

Menampilkan layar paparan bernisbah 18:9 dan dilengkapi dengan dwi kamera utama diletakkan secara menegak di penjuru kiri atas pada panel belakang. Kelihatan juga sensor pengimbas cap jari untuk fungsi nyahkunci skrin berhampiran dengan lensa kamera.

Imej tertiris itu mula dilihat berada pada laman TEENA tetapi  berkenaan spesifikasi model ini masih belum dapat dipastikan lagi.

Sumber: Leikeji

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY