Asus Zenfone Max Shot Dan Zenfone Max Plus M2 Tampil Dengan Cip Snapdragon SiP 1

Diperkenalkan di Brazil beberapa hari lalu, model Asus Zenfone Max  Shot dan Zenfone Max Plus M2 hadir dengan cip Snapdragon SiP 1. Kedua-duanya merupakan model pertama yang menggunakan cip tersebut.

Luaran peranti-peranti ini dilihat lebih kurang sama dengan penggunaan skrin paparan IPS FHD+ 6.26 inci dan sensor pengimbas cap jari pada bahagian belakang. Spesifikasi lain seperti dibawah;

Asus Zenfone Max Shot



  • RAM 3/4GB

  • Storan 32GB/64GB

  • 12MP+8MP+5MP

  • kamera swafoto 8MP

  • Bateri 4000mAh

  • Port pengecasan MikroUSB

  • Android Oreo 8.1 dan dijanjikan naik taraf kepada Android Pie

  • Harga jualan di Brazil BRL 1349 dan BRL 1699


Asus Zenfone Max Plus M2



  • RAM 3GB

  • Storan 32GB

  • 12MP+5MP

  • kamera swafoto 8MP

  • Bateri 4000mAh

  • Port pengecasan MikroUSB

  • Android Oreo 8.1 dan dijanjikan naik taraf kepada Android Pie

  • Harga jualan di Brazil BRL 1299


Kedua-dua model hadir dengan sokongan kad dwi SIM dan juga slot kad MikroSD berasingan.

Berkenaan dengan cip pemprosesan pula, Snapdragon SiP 1 dibangun dengan keupayaan memuatkan lebih banyak komponen utama didalamnya. Ini boleh memberikan lebih ruang dalam peranti, sama ada untuk diletakkan dengan komponen tambahan lain, bateri yang lebih besar atau sebagainya.

Kapsyen: Imej: GizmoChina


Via GSMArena