Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR 20 Pro

HONOR 20 Pro Bakal Dibawa Ke Pasaran Tempatan Tidak Lama Lagi

Diterbitkan Julai 18, 2019 oleh Helmi Samsuri

Siri HONOR 20 sudah hampir mencecah dua bulan setelah kali pertama ia diperkenalkan pada bulan Mei lalu. Sehingga kini, ia masih menjadi tanda tanya peminat yang menantikan kedatangan versi Pro untuk pasaran dalam negara, dimana hanya dua buah model sahaja. HONOR 20 dan HONOR 20 Lite yang ditawarkan.


Menerusi imej acah yang dimuat naik pada laman Facebook, HONOR Malaysia memberi bayangan HONOR 20 Pro bakal diperkenalkan secara rasmi tidak lama lagi. Imej menunjukkan angka “111” merujuk kepada markah penanda aras DxOMark yang diperoleh HONOR 20 Pro

Berdasarkan kedudukan DxOMark, HONOR 20 Pro menduduki tangga kedua dengan mata 111 dibawah Huawei P30 Pro dan Samsung Galaxy S10 5G yang berkongsi mata ditangga teratas.

HONOR 20 Pro tampil dengan sistem 4 kamera, gabungan antara 48MP lensa utama, 16MP lensa sudut lebar, 8MP lensa telefoto serta lensa makro 2MP. Bahagian ini turut diperkuatkan dengan ciri OIS serta keupayaan 3x zoom optikal. Rakaman hadapan pula menempatkan lensa 32MP pada bucu kiri paparan.

Peranti ini turut didatangkan dengan skrin berukuran 6.26 inci, Kirin 980, RAM sehingga 8GB, memori simpanan sehingga 256GB, bateri berkapasiti 4000mAh menyokong pengecasan pantas 22.5W HONOR SuperCharge.

Buat masa sekarang, HONOR Malaysia hanya menggambarkan kedatangan versi Pro ini dan masih belum lagi menyertakan maklumat lengkap mengenai tarikh penawaran dan sebagainya.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY