Menjelang hari pelancaran, pastinya lebih banyak informasi serta imej disebarkan dan antara terbaru adalah teknologi pengecasan pantas yang bakal mengiringi kehadiran peranti tersebut. Jika sebelum ini ia pernah dikhabarkan akan menggunapakai pengecasan pantas VOOC 4.0 30W, namun perkongsian Realme pada Weibo memperlihatkan Realme X2 Pro bakal diperlengkapkan dengan SuperVOOC 50W.
Berdasarkan video berdurasi 16 saat yang dikongsikan, peranti terbabit berupaya dicas penuh dari 0% sehingga 100% hanya dalam masa sekitar 30 minit 53 saat menerusi teknologi pengecasan pantas itu. Realme X2 Pro dipercayai akan dibekalkan dengan bateri berkapasiti 4000mAh.
Selain itu, rekaan sebenar yang didakwa sebagai Realme X2 Pro juga sudah mula berlegar diruang internet dimana ia memperlihatkan secara lebih dekat kuad kamera pada bahagian belakang serta paparan 90Hz dengan takuk kecil.
Realme sebelum ini sudah mengesahkan model flagship mereka ini akan dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 855 Plus, paparan 90Hz, kuad kamera diketuai oleh lensa 64MP. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peranti ini, kita nantikan hari pelancaran yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi.
Sumber: Weibo
Berkaitan
- OPPO Malaysia Turunkan Harga Jualan OPPO F11 Pro
- Penjual Tempatan Khabarkan Mi 9T Pro Bakal Tiba Tidak Lama Lagi
- Beli Huawei Mate 40 Pro Percuma iPhone 12
- Ini Rupa Komponen Dalaman Huawei Mate 20 Pro
- iMac Pro Terbaru Mula Ditawarkan Untuk Pasaran Tempatan, Harga Dari RM20,999
- Apple Lancar program Bug Bounty Pertama
- Android Q Versi Beta Kini Sedia Dinikmati Oleh 21 Peranti Termasuk Asus ZenFone 5Z, Huawei Mate 20 Pro Dan Mi 9
- Realme 5 Pro Habis Terjual Pada Jualan Hari Pertama Di Malaysia
- Xiaomi Malaysia Adakan Penstriman Langsung Poco F2 Pro 10 Jun Ini
- Pengguna Huawei Mate 20 Pro Mengadu Masalah Skrin Menjadi Hijau