Realme X2 Pro Akan Diperkenalkan 15 Oktober Ini

Setelah mendapat sambutan yang menggalakkan dalam pasaran peranti pertengahan dan permulaan, Realme mula mengorak langkah dalam segmen kelas atasan melalui Realme X2 Pro.

Sudah mendedahkan spesifikasi untuk yang akan memperkuatkan penawaran model flagship itu, kini giliran tarikh pelancaran pula kedengaran. Berdasarkan bocoran poster yang mula tersebar di Twitter, Realme X2 Pro telah dijadualkan pelancarannya pada 15 Oktober ini dan ia akan membuat penampilan awal di Eropah. Buat masa sekarang ia hanyalah sebaran tarikh yang belum rasmi lagi dan kita harus menunggu pengumuman rasmi daripada syarikat pengeluar sendiri.



Mungkin sebahagian daripada kita sudah maklum, peranti flagship pertama dari Realme ini bakal dikuasakan dengan cip pemprosesan Snpadragon 855 Plus, kuad kamera yang terdiri daripada lensa 64MP+telefoto+ultra lebar+potret, paparan Fluid AMOLED 90Hz bersama-sama pengecasan pantas VOOC 4.0 30W.



Selain itu, ia turut mendatangkan ciri pembesar suara dwi stereo dengan sokongan Dolby Atmos yang mana menjanjikan pengalaman audio lebih baik untuk bakal pembeli.