realme V15 dilengkapi skrin berukuran 6.4-inci Super AMOLED. Terdapat paparan berlubang yang menempatkan kamera swafoto 16MP.
Menguasakan peranti adalah janaan cip pemproses MediaTek Dimensity 800U yang menyokong rangkaian 5G. Terdapat dua pilihan memori yang disediakan dengan 6GB+128GB dan 8GB+128GB.
Dari segi kamera, sejumlah empat kamera dimuatkan pada peranti ini dengan satu di bahagian hadapan dan tiga di belakang. Kamera belakang terdiri daripada 64MP utama, 8MP sudut lebar dan lensa makro.
Peranti ini dimuatkan dengan bateri berkapasiti 4310mAh yang menyokong 50W Smart Flash Charge. Menurut realme, menerusi pengecasan ini, ia mampu mengisi 50% bateri dalam tempoh 18 minit. Bagaimanapun, pengecas standard 65W ada disediakan dalam kotak pembelian.
Antara lainnya adalah sokongan imbasan cap jari pada skrin serta hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Koi, Mirror Lake Blue dan Crescent Silver.
Dari segi harga, realme V15 ditawarkan pada harga bermula 1499 yuan (~RM931) untuk varian 6GB+128GB. Buat masa ini, ia hanya hadir untuk pasaran China dan belum diketahui bila peranti ini akan ditawarkan untuk pasaran global.
Berkaitan
- Peranti realme Dengan Janaan Cip MediaTek Dimensity 1200 Bakal Hadir Tidak Lama Lagi
- realme Sahkan GT Neo 5 Adalah Peranti Pertama Dengan Pengecasan Pantas 240W
- realme V5 Sah Akan Dilancar Pada 3 Ogos, Hadir Dengan Cip MediaTek Dimensity 720
- realme GT5 Pro Diumumkan - Snapdragon 8 Gen 3, 16GB RAM, Pengecasan 100W
- Pengecas 65W Akan Disertakan Dalam Kotak Pembelian realme V15
- Bakal Dilancar 7 Mac Ini, realme C55 Sah Dilengkapi Ciri Seiras Dynamic Island
- realme 7i Diumumkan Untuk Pasaran Malaysia, Dijual Pada Harga RM999
- realme 6i Akan Dilancarkan Melalui Acara Dalam Talian Pada 16 April Ini
- Tablet Dengan Sokongan 5G, realme Pad X Akan Dilancar Di Malaysia Pada 23 Ogos Nanti
- realme Akan Mengadakan Kejohanan PUBG Mobile Dengan Hadiah Wang Tunai Sehingga RM10,000