Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
007dP9zpgy1gh20y8khmkj34ao2f0qv7 (2)

realme V5 Sah Akan Dilancar Pada 3 Ogos, Hadir Dengan Cip MediaTek Dimensity 720

Diterbitkan Julai 27, 2020 oleh Amalina Athman

Pada minggu lalu, realme telah mengesahkan telefon pintar pertama dalam barisan siri V iaitu V5 akan diperkenal pada awal Ogos nanti. Kini, realme mengumumkan pelancaran realme V5 akan diadakan pada 3 Ogos ini.

Screenshot (152)

realme V5 juga telah tersenarai di Tmall, dimana ia mendedahkan beberapa spesifikasi penting mengenai peranti ini. V5 akan dijana cip pemproses MediaTek Dimensity 720 dengan sambungan 5G.

pelancaran realme v5

Dari segi memori, ia dijangka hadir dengan dua konfigurasi iaitu 6GB RAM + 128GB dan 8GB RAM + 128GB. Antara spesifikasi lain termasuk skrin paparan 6.5 inci FHD+, kuad kamera dengan 48MP utama, sistem operasi Android 10 dan sebagainya.

Penyenaraian di Tmall turut memperlihatkan realme V5 akan ditawarkan dengan 3 pilihan warna iaitu Silver Winged Boy, Breaking Light dan Blue.

Untuk maklumat rasmi mengenai realme V5, nantikan pelancaran pada 2 petang, 3 Ogos nanti.

Sumber: Tmall, realme

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
©2026 WISER.MY