Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
onleak gt neo 5

realme Sahkan GT Neo 5 Adalah Peranti Pertama Dengan Pengecasan Pantas 240W

Diterbitkan Januari 6, 2023 · Dikemas kini Januari 6, 2023 oleh Amalina Athman

Setelah memperkenalkan teknologi pengecasan 240W, realme kini mengesahkan GT Neo 5 akan menjadi peranti pertama yang menggunakan pengecasan pantas itu.

Berkaitan

  • Siri realme GT Neo Mungkin Bukan 'Midrange' Lagi, Ini Spesifikasi realme GT Neo 5 Yang Dilaporkan
  • realme Perkenal Teknologi Pengecasan Pantas 240W

Setakat ini, belum ada maklumat rasmi mengenai spesifikasi realme GT Neo 5. Namun, dijangkakan salah satu model akan dikuasakan cip pemproses Snapdragon 8+ Gen 1, sementara model lagi satu menggunakan Dimensity 8200.

realme GT Neo 5

Selain itu, peranti ini dijangka akan dilengkapi 50MP kamera utama (IMX890), 8MP ultra-lebar, 2MP dan 16MP kamera swafoto.

Menurut GSMArena, realme GT Neo 3 dengan bateri 4,500mAh hanya memerlukan tempoh 16 minit untuk pengecasan penuh, dengan menggunakan pengecas 150W SuperDart. Bagi GT Neo 5, belum lagi diketahui memandangkan tiada maklumat mengenai kapasiti bateri yang bakal diisi pada peranti itu kelak. Ditambah dengan teknologi pengecasan yang lebih pantas 240W, dapat dijangkakan ia akan mengambil tempoh kurang daripada 16 minit.

Sehingga itu, nantikan pelancaran realme GT Neo 5 yang dijadualkan berlangsung pada Februari nanti.

Gambar utama: OnLeaks

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY