Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme GT5 Pro_3

realme GT5 Pro Diumumkan – Snapdragon 8 Gen 3, 16GB RAM, Pengecasan 100W

Diterbitkan Disember 7, 2023 · Dikemas kini Disember 7, 2023 oleh Amalina Athman

realme GT5 Pro kini dilancarkan untuk pasaran China, dengan berkongsi beberapa spesifikasi yang sama seperti OnePlus 12.

Berkaitan

  • realme 11x 5G Kini Boleh Dibeli Tanpa Menerusi Syarikat 'Telco'
  • realme Tawar Diskaun Hingga 58% Tukar Skrin, Ini Telefon Yang Layak
  • OnePlus 12 Dilancarkan - SD 8 Gen 3, 24GB RAM, Kecerahan 4,500 Nit

Pada bahagian dalam peranti, ia diisi cip terbaharu Snapdragon 8 Gen 3 yang digandingkan bersama tetapan memori sehingga 16GB RAM LPDDR5x serta 1TB storan berasaskan UFS 4.0.

realme GT5 Pro_2

Di bahagian luar, realme GT5 Pro dilengkapi paparan AMOLED berukuran 6.78-inci dengan sokongan kadar segar semula 144Hz dan maksimum kecerahan 4,500 nit.

realme GT5 Pro_1

Beralih ke bahagian kamera, GT5 Pro mempunyai tetapan tiga kamera terdiri daripada 50MP LYT-808 lensa utama, periskop 50MP IMX890 sensor 1/1.56″ dengan 65mm f/2.6 serta 8MP ultra-lebar. 

Sama seperti OnePlus 12, peranti ini juga dimuatkan kapasiti bateri 5,400mAh dengan sokongan pengecasan 100W.

realme GT5 Pro_7
realme GT5 Pro_5

Selain itu, GT5 Pro juga hadir dengan ciri gerak isyarat, termasuk buka kunci melalui tapak tangan. Antara lainnya, ia mempunyai sokongan pembesar suara stereo Dolby Atmos, IP64, Bluetooth 5.4, Wi-Fi 7 serta menjalankan realme UI 5.0 berasaskan Android 14.

Harga

realme GT5 Pro_9
realme GT5 Pro_8
realme GT5 Pro_10

Terdapat tiga pilihan warna yang tersedia iaitu Red Rock, Bright Moon dan Starry Night. Berikut harga realme GT5 Pro yang ditawarkan untuk pasaran China:

  • 12GB + 256GB – 3,399 yuan (~RM2,223)
  • 16GB +256GB – 3,699 yuan (~RM2,419)
  • 16GB + 512GB – 3,999 yuan (~RM2,615)
  • 16GB + 1TB – 4,299 yuan (~RM2,811)

(Untuk pembelian produk realme yang lain, layari Shopee atau Lazada.)

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY