Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bakal Dilancar 7 Mac Ini, realme C55 Sah Dilengkapi Ciri Seiras Dynamic Island

Bakal Dilancar 7 Mac Ini, realme C55 Sah Dilengkapi Ciri Seiras Dynamic Island

Diterbitkan Mac 2, 2023 · Dikemas kini Mac 2, 2023 oleh Amalina Athman

realme Indonesia kini mengumumkan realme C55 akan dilancarkan pada 7 Mac 2023. Melalui laman rasmi jenama itu, ia turut mengesahkan khabar sebelum ini yang mengatakan peranti itu akan dilengkapi ciri hampir sama seperti Dynamic Island, yang ditawarkan pada iPhone 14 Pro.

Berkaitan

  • realme 10 Rasmi Untuk RM999, Dilengkapi Super AMOLED Dan Kamera 50MP
  • realme GT 3 Ditunjuk Mampu Penuh 100% Dalam Masa 9 Minit 37 Saat
  • realme GT3 Rasmi Di Pasaran Global, Pengecasan Terpantas 240W Jadi Taruhan

Dari segi spesifikasi, realme C55 dimuatkan skrin 6.72-inci FHD+ dengan 90Hz kadar segar semula dan kecerahan maksimum 680 nits.

Terdapat paparan berlubang di tengah yang menempatkan kamera swafoto 8MP. Menariknya, paparan berlubang itu didatangkan dengan tetapan seperti Dynamic Island, yang dipanggil sebagai Mini Capsule. Dinyatakan, ciri Mini Capsule ini akan memaparkan status pengecasan bateri, peringatan bateri lemah, penggunaan data serta kiraan langkah dan jarak berjalan kaki.

Bakal Dilancar 7 Mac Ini, realme C55 Sah Dilengkapi Ciri Seiras Dynamic Island

Beralih kepada janaan peranti, realme C55 dikuasakan cip pemproses MediaTek Helio G88 bersama konfigurasi sehingga 8GB RAM dan 256GB storan dalaman yang turut menyokong penambahan sehingga 1TB. Sementara itu, di bahagian belakang peranti menempatkan dua kamera dengan 64MP utama.

realme c55_1

Untuk kapasiti bateri, ia hadir dengan 5,000mAh bersama pengecasan 33W. Antara lainnya, realme C55 menjalankan realme UI 4.0 yang berasaskan Android 13, mempunyai sokongan pengimbas cap jari di bahagian sisi, USB-C serta bicu audio 3.5mm.

realme C55

Terdapat dua pilihan warna yang ditawarkan iaitu Rainy Night dan Sunshower. Untuk harga, belum lagi diketahui. Sehingga itu, nantikan pelancaran realme C55 pada 7 Mac nanti.

Sumber: realme Indonesia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY