Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme v15 wide

realme V15 Akan Dilancarkan 7 Januari – Peranti realme Pertama Dengan Snapdragon 888

Diterbitkan Januari 4, 2021 · Dikemas kini Januari 4, 2021 oleh Amsyar Latif

realme hari ini telah mengesahkan peranti andalan generasi baharu mereka iaitu realme V15 akan dilancarkan pada 7 Januari 2021. Ia juga merupakan peranti realme pertama dengan cip pemproses Snapdragon 888.

Laporan sebelum ini juga mengatakan bahawa peranti ini dinamakan dengan kod nama realme “Race” dan merupakan peranti sama yang dilaporkan sebagai realme Koi.

realme v15-min

Peranti ini dikatakan akan menjadi telefon realme pertama yang menyokong pengecasan pantas 125W. Menerusi pengecasan pantas ini, ia mampu mengecas sehingga 41% dalam masa 5 minit dan pengecasan penuh dalam 20 minit bagi kapasiti bateri 4000mAh.

Belakang peranti akan hadir dengan 3 tetapan kamera dengan 64MP kamera utama. Buat masa sekarang, tiada maklumat lain berkaitan spesifikasi penuh peranti ini. Sama-sama kita nantikan apabila realme melancarkannya nanti.

Sumber: realme via

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY