Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

realme “Race” Juga Bakal Dilancarkan Dengan Cip Snapdragon 888

Posted on Disember 2, 2020Disember 2, 2020

Qualcomm menerusi acara Snapdragon Tech Summit 2020 telahpun mengumumkan cip premium terkini, Snapdragon 888. Xiaomi juga telah mengesahkan Mi 11 akan menjadi peranti pertama yang dilancarkan dengan cip Snapdragon 888.

Terbaru, realme turut mengumumkan peranti dengan nama kod “Race” akan menjadi peranti terawal yang dikuasakan cip pemproses yang sama.

realme Race Snapdragon 888

Dalam pada itu, ciapan Ishan Agarwal di Twitter turut memperlihatkan rekaan dan spesifikasi peranti yang dikatakan adalah realme Race tersebut.

Can confirm that realme has already started working on ‘Race’; their upcoming flagship featuring newly-launched Qualcomm Snapdragon 888 5G Chipset! Here are some pictures of the device for y'all.

What do you guys think of the Realme Race? #realme #realmeRace #SnapdragonSummit pic.twitter.com/JU18vjIKKZ

— Ishan Agarwal (@ishanagarwal24) December 1, 2020

Menerusi spesifikasi yang didedahkan, peranti ini dijangka akan dimuatkan dengan realme UI 2.0 berasaskan Android 11, RAM 12GB, storan dalaman 256GB dan sebagainya.

Sudah pasti, lebih banyak maklumat rasmi mengenai realme Race akan diumumkan tidak lama lagi.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress