Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme gt neo 5 leaked (1)

realme GT Neo5 Diumumkan, Bakal Hadir 9 Februari Ini

Diterbitkan Februari 2, 2023 ยท Dikemas kini Februari 3, 2023 oleh Firdaus

Jenama telefon pintar yang semakin naik, realme bakal melancarkan siri GT Neo5 yang baharu pada 9 Februari ini di China. Maklumat itu telah diumumkan melalui satu video teaser berdurasi 8 saat dan memaparkan grafik LED berwarna ungu.

https://army.wiser.my/wp-content/uploads/2023/02/Realmes-new-GT-Neo5-teaser-shows-purple-LED-light-on-the-back-GSMArena.com-news.mp4

Sistem Bateri Dan Pengecasan Adalah Tarikan Utama

Selain itu, realme GT Neo5 ini dilaporkan yang pertama menyokong pengecasan pantas 240W. Berdasarkan poster-poster di bawah, GT Neo5 akan tawarkan pelbagai ciri baru yang menarik dan berkuasa.

realme GT Neo5
realme GT Neo5
realme GT Neo5
realme GT Neo5

realme didakwa memberikan pengecas GaN dan pengecasan selama 30 saat sahaja cukup untuk penggunaan selama 2 jam.

Tambah realme lagi, bateri yang digunakan telah melengkapkan 1,600 kitaran dicas dan nyahcas penuh tanpa kehilangan 20% kemampuan baterinya.

Itu adalah 2 kali ganda daripada kitaran 800 pengecasan yang menjadi tetapan standard dalam industri ini.

Spesifikasi Yang Didakwa

Mengikut sumber, realme GT Neo5 akan dikuasakan sama ada cip Snapdragon 8+ Gen 1 atau Dimensity 8200. Dan hadir dengan sensor kamera utama 50MP Sony IMX890 dan OIS.

Di samping itu, peranti ini dikhabarkan hadir dengan skrin AMOLED berukuran 6.7 inci beresolusi 2,772 x 1,240 dan sokong kadar segar semula 144Hz.

Berkaitan

  • Tempah Awal Dan Dapatkan Tawaran Eksklusif Bagi Siri Samsung Galaxy S23, Hanya Dari RM3,899
  • vivo Lancar Kempen "vivo X90 Series Superday", Rebut Pelbagai Hadiah Menarik
  • GTA 6 Didakwa Hampir Siap, Berada Di Fasa Kemasan Terakhir
  • Jam Pintar Pertama Meta Mungkin Hadir Dengan Kamera Depan Dan Belakang
  • SD 6 Gen 1 Dan Bateri Besar, HONOR Didakwa Sedang Bangunkan Peranti 'Midrange'

Sumber: GSMArena

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY