Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KV 3 (2)

realme GT 7 Pro Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 18 November

Diterbitkan November 4, 2024 oleh Rushsyafizal

realme bakal memperkenalkan realme GT 7 Pro, peranti andalan paling berkuasa dalam barisannya, pada 18 November 2024 jam 6 petang di Piazza, Pavilion Bukit Jalil. Sebagai telefon pintar pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan pemproses Snapdragon 8 Elite (Snapdragon 8 Gen 4), GT 7 Pro meneroka pelbagai ciri AI dan keupayaan fotografi.

Snapdragon 8 Elite_

realme GT 7 Pro dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite yang menampilkan teras CPU Oryon khusus, mencatatkan skor AnTuTu lebih 3 juta. Dengan dua teras utama pada 4.32GHz dan enam teras prestasi pada 3.53GHz, pemproses 3nm Qualcomm pertama ini menawarkan peningkatan lebih 40% dalam prestasi CPU dan GPU berbanding Snapdragon 8 Gen 3.

Paparan RealWorld Eco² OLED yang dibangunkan bersama Samsung pula menyajikan gamut warna DCI-P3 120%, disokong oleh bateri Anod Silicon terbesar yang menawarkan jangka hayat terbaik industri. Bagi peminat fotografi, AI Ultra-clear Snap Camera dengan lensa periskop telefoto dan mod fotografi bawah air yang pertama di dunia memastikan hasil gambar menakjubkan, walaupun dalam air.

Di sebalik perkakasan luar biasa, peranti ini juga hadir dengan ciri AI seperti AI Sketch to Image, AI Motion Deblur, dan AI Gaming Super Resolution yang menjadikan peranti ini sebagai pesaing inovatif dalam pasaran mewah. Dengan ciri AI Sketch to Image, pengguna dapat menukarkan lakaran tangan kasar menjadi imej berkualiti tinggi dalam pelbagai gaya.

KV 4 (1)
KV 5 (2)

Menjelang pelancarannya, anda boleh mengetahui prestasi realme GT 7 Pro di SINI memandangkan kami sudah mengujinya.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • Apple Ambil Alih Aplikasi Pixelmator
  • Lebih 10 Tahun Dengan Ekosistem Apple, Ini Pendapat Saya Bila Sebulan Dengan Ekosistem HONOR
  • Ini Spesifikasi Penuh PS5 Pro, Ada RAM Khas Untuk Sistem Operasi
  • Kejayaan SRG Di MPL Malaysia Bukti e-Sukan Boleh Pacu Ekonomi Negara

Sumber: Siaran media realme

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY