Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PS5 Pro Malaysia price

Ini Spesifikasi Penuh PS5 Pro, Ada RAM Khas Untuk Sistem Operasi

Diterbitkan November 4, 2024 ยท Dikemas kini November 4, 2024 oleh Rushsyafizal

Pada September lalu PS5 Pro telah dilancarkan secara rasmi, namun tidak diberi tahu spesifikasi penuhnya. Menjelang penjualan rasminya pada 7 November, PS5 Pro menjadi tumpuan apabila beberapa pengguna awal telah mendapat akses kepada konsol ini.

Kandungan video ‘unboxing’ yang dikongsikan menunjukkan bahawa PS5 Pro kini hadir dengan tambahan memori 2GB RAM DDR5. Satu peningkatan yang membolehkan memori tersebut dikhususkan untuk sistem operasi (OS) dan memori 16GB GDDR6 pula memfokuskan permainan atau grafik sahaja semata-mata.

PS5 Pro specs

PS5 Pro dikuasakan cip khas AMD Ryzen Zen2 8-teras/16 bebenang, GPU AMD Radeon RDNA dengan 16.7 TFLOPS, dan storan SSD 2TB yang disesuaikan. Konsol ini juga menyokong sambungan USB Type-A (SuperSpeed USB 10 Gbps), USB Type-C (Hi-Speed USB), USB Type-C (SuperSpeed USB 10 Gbps) dan HDMI untuk output AV.

Dengan bekalan kuasa maksimum 390W, dimensi PS5 Pro berukuran 388 x 89 x 216 mm dan berat sekitar 3.1 kg, menawarkan reka bentuk yang lebih mantap untuk pengalaman permainan yang lancar.

Imbas kembali, PS5 Pro dijangka 67% lebih baik daripada PS5 terdahulu, yang menyumbang kepada kadar rendering sekitar 45% lebih pantas. Ini diperkuat oleh teknologi PlayStation Spectral Super Resolution (PSSR), upscaling AI khusus dari Sony yang mampu menyaingi teknologi NVIDIA DLSS dalam mengekalkan kualiti visual yang tinggi.

Dengan spesifikasi ini, PS5 Pro dijangka memberikan pengalaman permainan premium yang lebih lancar dan realistik untuk peminat konsol di seluruh dunia.

Kepada anda yang berminat, PlayStation 5 Pro akan tersedia secara rasmi bermula 7 November ini di mana harga jualannya adalah RM3,849.

Berkaitan

  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • Apple Lancar Program Pembaikan Percuma Untuk Isu Kamera iPhone 14 Plus
  • U Mobile Lancar Pelan U Family 128 - 1000GB Data, Perayauan Antarabangsa Percuma
  • Kereta Batman Ini Kini Boleh Dimiliki Pada Harga ~RM13 Juta
  • 3,722 Model Perodua Alza, Aruz Dan Honda CB350RS Dipanggil Semula - JPJ

Sumber: Wccftech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY