Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SRG MPL

Kejayaan SRG Di MPL Malaysia Bukti e-Sukan Boleh Pacu Ekonomi Negara

Diterbitkan November 4, 2024 · Dikemas kini November 4, 2024 oleh Rushsyafizal

Selangor Red Giants (SRG) mencipta sejarah dengan menewaskan Team Vamos 4-2 dalam Grand Final Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Malaysia Musim 14 yang berlangsung di Johor semalam. Kemenangan ini menjadikan SRG sebagai pasukan pertama yang merangkul gelaran MPL Malaysia secara berturut-turut.

SRG sebelum ini telah menjulang trofi antarabangsa pertama negara di Piala Pertengahan Musim (MSC) MLBB di Arab Saudi pada bulan Julai. Kini, mereka dalam misi “Golden Road” matlamat untuk menjuarai semua kejohanan MLBB Esports utama pada tahun ini, termasuk MSC 2024, MPL Malaysia Musim 14, dan Kejohanan Dunia M6 yang akan berlangsung mulai 28 November.

Kejayaan SRG dan Team Vamos turut disokong oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Zahid Hamidi, yang mana sebelum ini diumumkan bahawa peruntukan RM20 juta diberikan untuk memperkasakan ekosistem e-sukan. RM10 juta daripadanya diperuntukkan untuk pembangunan stadium e-sukan baharu. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli, juga menyuarakan harapan agar kejayaan ini akan meningkatkan prestasi Malaysia di M6 nanti.

MPL MY S14
Foto: kosmo

SRG sebelum ini menghadapi detik sukar apabila mereka terpaksa untuk bermain di lower bracket setelah terpaksa akur pada kekalahan pada pasukan todak 3-1. Sementara pasukan Vamos menang ke atas Todak secara langsung menempatkan diri pada Grandfinal MPLMY.

MPL Malaysia Musim 14 mencatat rekod baharu sebagai acara e-sukan paling banyak ditonton di Malaysia, dengan 812,911 penonton serentak pada kemuncak siaran. MPL juga menjadi siri e-sukan pertama di dunia yang mencapai lebih satu bilion jam tontonan, menunjukkan betapa besar sokongan peminat kepada arena e-sukan negara.

Untuk pengatahuan umum, kejuaraan dunia M6 akan diadakan di Axiata Arena di Bukit Jalil di mana kesemua pasukan di setiap negara akan menghantar wakil. Namun Malaysia, Filipina dan Indonesia merupakan antara negara tumpuan yang mendapatkan dua slot secara langsung. Sementara negara lain hanya mendapatkan satu slot sahaja dan selebihnya akan bertanding di peringkat peluang khas (wild card).

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • U Mobile Lancar Pelan U Family 128 - 1000GB Data, Perayauan Antarabangsa Percuma
  • Kereta Batman Ini Kini Boleh Dimiliki Pada Harga ~RM13 Juta
  • 3,722 Model Perodua Alza, Aruz Dan Honda CB350RS Dipanggil Semula - JPJ
  • Pengguna Kemas Kini iOS 18.1 Lebih Pantas, Dua Kali Ganda Daripada iOS 17.1

Sumber: kosmo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY