Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme c3

realme C3 Dengan Cip Helio G70 Dan Bateri 5,000mAh Akan Tiba Tidak Lama Lagi

Diterbitkan Februari 3, 2020 · Dikemas kini Februari 3, 2020 oleh Meor Hasyim

Siri “C” dalam jenama realme merupakan model kelas permulaan. Setelah hampir setahun realme C2 berada di pasaran, akhirnya model tersebut bakal digantikan dengan realme C3. Peranti ini akan diperkenalkan minggu ini di India terlebih dahulu dan ini adalah spesifikasinya.

Peranti ini bakal menggunakan cip MediaTek Helio G70 yang baru sahaja diumumkan dengan 2 konfigurasi iaitu 3GB/32GB dan juga 4GB/64GB. Untuk paparan, ia akan dilengkapi dengan 6.5 inci takuk kecil. Paparan ini lebih besar dari model C2 sebelum ini yang hanya bersaiz 6.1 inci sahaja.

realme C3 Dengan Cip Helio G70 Dan Bateri 5,000mAh Akan Tiba Tidak Lama Lagi

Resolusi paparan walau bagaimanapun tidak dinyatakan. Namun kemungkinan ia panel HD+ sahaja memandangkan peranti adalah model kelas permulaan.

Kamera belakang dimuatkan dengan 2 lensa, satu 12MP utama dan juga satu lagi sama ada sensor depth atau lensa makro. Kamera swafoto yang terletak pada takuk kecil tersebut walau bagaimanapun tidak dinyatakan butirannya.

realme memuatkan bateri yang terbesar setakat ini dalam siri “C” pada peranti ini iaitu sebanyak 5,000mAh. Syarikat tersebut juga mendakwa ketahanan bateri standby sehingga 30 hari, 43.9 jam panggilan, 19.4 jam muzik, 20.8 jam tontonan YouTube dan juga 10.6 jam permainan PUBG Mobile.

realme C3 Dengan Cip Helio G70 Dan Bateri 5,000mAh Akan Tiba Tidak Lama Lagi

Masih ada lagi spesifikasi yang tidak diketahui mengenai peranti. Dengan pelancarannya dalam beberapa hari lagi, mungkin kita akan dapat melihat dengan lebih banyak lagi maklumat dan spesifikasi mengenai realme C3 sebelum pengumumannya.

Sumber: GSMArena, Flipkart

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY