Helio G70 Dan G70T Merupakan Cip Terkini Mediatek Untuk Peranti Gaming Bajet

Cip pemprosesan khusus untuk gaming bukan sesuatu yang baharu. Sebelum ini kita sudahpun melihat cip seperti Snapdragon 730G dan Snapdragon 765G dari Qualcomm. Manakala untuk MediaTek, mereka mempunyai cip Helio G90T. Jadi, menambah kepada penawaran cip gaming, MediaTek mengumumkan Helio G70 dan G70T untuk kelas bajet pula.

Melihat kepada penamaan, sudah semestinya cip ini berspesifikasi lebih rendah berbanding G90T.

Helio G70T menggunakan 8 teras - 4 teras Cortex A-75 (2.0GHz) dan 4 teras Cortex A-55 (1.7GHz). Sebagai perbandingan, G90T menggunakan teras utama lebih berkuasa dengan Cortex A-76. Cip ini juga mempunyai binaan 12nm dan dilengkapi teknologi HyperEngine MediaTek untuk meningkatkan prestasi permainan.



Bahagian grafik MediaTek Helio G70T ini dijana oleh ARM Mali-G52 dengan kelajuan 820MHz. Cip ini hanya menyokong sehingga paparan FullHD, sehingga 48MP kamera dan tidak mempunyai sokongan rangkaian 5G. Bluetooth hanya setakat 5.0 sahaja dan hanya menyokong sehingga 8GB RAM.

Sumber: MediaTek

Berkaitan