realme C15 Guna Cip Yang Sama Seperti realme C11

Belum habis lagi kita merungkai mengapa nama realme C3 terus meloncat kepada realme C11 dan selepas ini ia akan melompat terus kepada realme C15. Dikhabarkan akan rasmi muncul untuk pasaran Indonesia terlebih dahulu dimana 28 Julai ini telah dipilih sebagai tarikh pengumuman.

Berdasarkan poster sebelum ini, ia dinyatakan bakal membawa kapasiti bateri sebesar 6000mAh dengan sokongan pengecasan 18W. Ini merupakan naik taraf berbanding realme C11 yang dimuatkan dengan bateri 5000mAh dan pengecasan 10W.



Terbaru, lebih banyak informasi berkaitan realme C15 didedahkan dan salah satunya adalah penggunaan cip MediaTek Helio G35, cip sama yang digunakan pada realme C11.

Selain itu, perbezaan ketara boleh dilihat pada kamera belakang dimana penawaran kali ini tampil dengan kuad kamera. Kombinasi itu terdiri daripada 13MP, 8MP ultra lebar, 2MP makro dan 2MP depth.

Ia akan mempunyai dua variasi storan iaitu RAM 3GB/64GB dan 4GB/64GB. Peranti ini akan terdapat dalam dua pilihan warna iaitu Marine Blue dan Seagull Grey. Berkenaan dengan harga ia masih belum diumumkan lagi dan kita boleh nantikan 28 Julai ini.

Melihat kepada apa yang ditawarkan, sekiranya ia dibawa masuk ke Malaysia, kita boleh anggarkan harganya lebih tinggi sedikit berbanding realme C11 yang dijual pada nilai RM429.

Sumber: PlayfulDroid