Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme C11 Dengan Cip Helio G35 Dilancar Pada Harga RM429

realme C11 Dengan Cip Helio G35 Dilancar Pada Harga RM429

Diterbitkan Jun 30, 2020 · Dikemas kini Ogos 10, 2020 oleh Amalina Athman

realme hari ini telah memperkenalkan satu lagi produk baharu dalam barisan peranti siri C iaitu realme C11.

realme C11 Dengan Cip Helio G35 Dilancar Pada Harga RM429

Menyentuh spesifikasi, realme C11 dilengkapi dengan paparan skrin penuh 6.5 inci dan kapasiti bateri 5000mAh. Menguasakan peranti ini adalah cip pemproses MediaTek Helio G35 dengan RAM 2GB+32GB storan dalaman. Ia dipadankan dengan sistem operasi Android 10 dan realme UI.

Selain itu, peranti ini hadir dengan dwi kamera belakang terdiri daripada lensa utama 13MP (f/2.2) serta lensa potret 2MP (f/2.4). realme C11 ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Mint Green dan Pepper Grey.

realme C11 Dengan Cip Helio G35 Dilancar Pada Harga RM429

Bermula 7 Julai, peranti ini ditawarkan pada harga RM429 melalui jualan dalam talian Shopee. Setiap pembelian pada jualan pertama juga akan menerima realme Buds 2 secara percuma.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
©2026 WISER.MY