Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme C11

realme C11 Dengan Cip Helio G35 Akan Hadir Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan Jun 21, 2020 oleh Meor Hasyim

Beberapa hari sebelum ini, kami telah melaporkan sebuah peranti “C11” yang mendapat pengesahan SIRIM menandakan kehadirannya di Malaysia tidak lama lagi. Tidak lama kemudian, realme di laman rasmi Facebook mereka telah mengacah kedatangan sebuah peranti yang bakal menggunakan cip MediaTek Helio G35.

Terbaru dari realme, peranti yang akan menggunakan cip Helio G35 berkenaan adalah merupakan model realme C11. Sebagai peranti dalam siri C, sudah tentu ia merupakan peranti kelas permulaan. Namun, agak mengelirukan kerana penamaan yang melangkaui sehingga “11”.

realme C11

Ini adalah kerana model paling terkini siri C sebelum ini adalah realme C3. Malah, ia baru sahaja dilancarkan 3 bulan lalu. Mengenai cip yang digunakan oleh C11 ini, Helio G35 dilihat merupakan cip kurang berkuasa berbanding Helio G70 yang terdapat pada realme C3.

Cip ini belum pun diumumkan secara rasmi lagi. Jadi, kami sendiri tidak mengetahui spesifikasinya. Mengenai peranti realme C11 tersebut, hanya cip sahaja yang disahkan oleh pihak realme. Maklumat lain seperti bateri, skrin, atau kamera masih belum diketahui juga.

Memandangkan realme C3 dijual bermula harga RM499, kami menjangka realme C11 ini lebih rendah harganya memandangkan cip yang digunakan kelihatan kurang berkuasa. realme Malaysia tidak menceritakan dengan lebih lanjut tarikh pelancaran peranti ini, hanya mengatakan ia akan tiba untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

Sumber: realme Malaysia

Beli produk realme di
Lazada: https://invol.co/clpdw2

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY