Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme Buds Air 2 Diumumkan Untuk Pasaran Malaysia, Berharga RM199

realme Buds Air 2 Diumumkan Untuk Pasaran Malaysia, Berharga RM199

Diterbitkan Mac 25, 2021 · Dikemas kini Mac 25, 2021 oleh Amalina Athman

Pada Februari lalu, realme telah melancarkan fon telinga TWS terbaru iaitu realme Buds Air 2. Fon telinga TWS ini merupakan penerus kepada Buds Air yang dilancarkan pada 2019.

Terbaru, realme Malaysia hari ini mengumumkan Buds Air 2 untuk pasaran tempatan.

realme Buds Air 2 Diumumkan Untuk Pasaran Malaysia, Berharga RM199

Untuk rekaan, Buds Air 2 kelihatan hampir sama seperti Buds Air Pro. Ia dikuasakan cip R2, di mana realme mengatakan fon telinga ini menawarkan 80% peningkatan jangka hayat bateri dan mengurangkan latensi 35% daripada pendahulunya.

Berbanding Buds Air, fon telinga terbaru ini mempunyai sokongan pembatalan hingar aktif (ANC), yang dikatakan boleh mengurangkan bunyi bising sehingga 25dB. Ia turut dimuatkan dengan sokongan pembatalan hingar persekitaran (ENC).

realme Buds Air 2 Diumumkan Untuk Pasaran Malaysia, Berharga RM199

Turut melengkapkan Buds Air 2 adalah pemacu 10mm dengan lapisan Diamond-like Carbon (DLC) bagi memberikan sokongan suara yang lebih jelas serta bass dan tindak balas frekuensi yang lebih baik.

Dengan kolaborasi duo Chainsmokers, realme Buds Air 2 juga hadir dengan mod Bass Boost+ baharu. Sebagai tambahan, realme menambah dua preset baharu pada aplikasi realme Link iaitu Dynamic dan Bright.

realme Buds Air 2 Malaysia

Dari segi jangka hayat bateri, realme Buds Air 2 mempunyai ketahanan sehingga 5 jam bagi satu pengecasan penuh dan 25 jam bagi penggunaan bersama kerangka pengecasan.

Antara lainnya adalah sokongan Bluetooth 5.2, dwi-mikrofon, kawalan melalui sentuhan, sokongan Smart Wear Detection, Transparency Mode, penarafan IPX5, serta naik taraf Game Mode dengan latensi sehingga 88ms.

realme Buds Air 2 Diumumkan Untuk Pasaran Malaysia, Berharga RM199

Dua pilihan warna ditawarkan iaitu Closer Black dan Closer White. Untuk pasaran Malaysia, Buds Air 2 dijual pada harga RM199 dan boleh didapati melalui realme Brand Store dan pengedar sah seluruh negara bermula 3 April 2021.

realme Buds Air 2 Malaysia

Untuk jualan dalam talian, realme Buds Air 2 tersedia bermula 8 April 2021 dan boleh dibeli melalui Lazada.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY