realme Buds Air Pro Dan Buds Wireless Pro Dilancarkan Di Malaysia, Harga Bermula RM269

Semalam realme baru sahaja melancarkan produk terbaharu mereka termasuk realme Watch S dan realme Smart TV. Kini, realme Buds Air Pro dan Buds Wireless Pro hadir buat pasaran tempatan.

realme Buds Air Pro




realme Buds Air Pro adalah fon telinga yang dinaik taraf daripada model yang terdahulu. Didatangkan dengan dua warna iaitu Rock Black dan Soul White.

Ia dilengkapi cip S1 untuk prestasi pembatalan hingar yang lebih baik serta memberikan penjimatan pada bateri. Turut hadir Transparency Mode bagi mendengar bunyi persekitaran dengan hanya satu klik.

Selain itu, fon telinga ini sesuai buat para gamer dimana ia mempunyai Game Mode dengan latency sangat rendah iaitu 94ms. Didalamnya terbina pemacu 10mm serta menyokong format AAC dari Dolby.

Fon telinga ini mampu bertahan sehingga 25 jam kerana dimuatkan bateri sebesar 486mAh dan menyokong pengecasan pantas dimana cas penuh mengambil masa hanya 30 minit.

realme Buds Air Pro dijual pada harga RM369 tetapi sempena pelancarannya, anda boleh miliki dengan hanya RM299 pada 12.12 secara eksklusif di Shopee.

realme Buds Wireless Pro




Jika realme Buds Air Pro seperti rekaan Apple AirPods Pro, realme Buds Wireless Pro adalah seperti fon telinga sukan yang lain kerana terdapat wayar yang bersambung antara satu sama lain.

Ia masih menggunakan cip yang sama serta ciri pembatalan hinga aktif sehingga 35dB termasuk Transparency Mode. Turut menyokong Game Mode dengan latency sebanyak 119ms.

Dilengkapi teknologi audio Sony LDAC Hi-Res dan juga bluetooth 5.0 serta pemacu audio 13.6mm. Turut hadir fungsi magnetik yang membolehkan ia diaktifkan secara automatik apabila dua fon telinga ini dipisahkan.

Terbina di dalam bateri sebesar 160mAh dan dengan hanya 5 minit cas, ia memberikan 100 minit lebih untuk main balik muzik.  Fon telinga ini berharga RM269 dan anda boleh dapatkan dengan hanya RM199 di Lazada pada 12.12.