Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme Bakal Mengumumkan TV Pintar Pada Hujung Bulan Ini

realme Bakal Mengumumkan TV Pintar Pada Hujung Bulan Ini

Diterbitkan Februari 4, 2020 oleh Helmi Samsuri

Jenama yang semakin meningkat naik, realme kini bakal meluaskan lagi penawaran produk mereka. Bagi yang sedia mengikuti perkembangan syarikat ini, anda pasti mengetahui bahawa tahun ini realme akan memperkenalkan peranti pintar lain.

Antara perkhabaran terbaru yang menjadi tumpuan adalah TV pintar yang dijangka pengumumannya dibuat pada acara MWC 2020. Ini adalah berdasarkan ciapan daripada Ketua Pegawai Pemasaran realme Mobiles, Francis Wang yang menjawab pertanyaan peminat.

U gonna hear something exciting abt TV on MWC! #realmeForEveryIndian

— Francis Wang (@FrancisRealme) February 1, 2020

Namun begitu, tiada maklumat terperinci yang dikongsikan oleh Wang berkenaan dengan TV tersebut. Untuk makluman, berdasarkan temuramah kami bersama realme pada awal Januari yang lalu, syarikat itu mahu meneroka penawaran Internet Kebendaan (IoT).

Kita boleh menjangkakan lebih banyak produk berteraskan IoT pada tahun ini seperti aksesori audio, gelang tangan pintar, dan TV. Ia memfokuskan kepada situasi penggunaan individu serta keluarga.

Adakah ia akan memasuki pasaran Malaysia? Tidak dapat dipastikan lagi tetapi berdasarkan penawaran peranti sedia ada, realme mungkin ada perancangan tersebut.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY