realme 7 Pro Dijual Secara Rasmi Pada RM1499, realme 7 Pula RM1299

Hari ini realme Malaysia telah mengumumkan harga jualan rasmi untuk siri realme 7 - realme 7 dan realme 7 Pro. Siri ini telah dilancarkan pada awal September lalu di India.

realme 7 Pro


Untuk realme 7 Pro ia ditawarkan pada harga RM1,499. Model yang dijual adalah 8GB/128GB dan pra-tempah bermula hari ini (24 September) sehingga 2 Oktober kelak.



Pembeli yang membuat pra-tempah akan menerima fon telinga realme Buds Q White Edition secara percuma.

Pada 29 September pula, anda boleh membeli secara terus melalui dalam talian di Shopee. Untuk pembeli yang membeli pada tarikh ini, mereka akan menerima realme Watch secara percuma.



Untuk jualan secara fizikal pula, ia akan ditawarkan pada 3 Oktober 2020 melalui kesemua pengedar sah realme.

realme 7 Pro menawarkan spesifikasi Snapdragon 720G, pembesar suara stereo Dolby Atmos, skrin AMOLED dan kuad kamera 64MP.

Untuk kapasiti bateri, 4,500mAh ditawarkan dan turut menyokong pengecasan pantas 65W.

realme 7


Untuk realme 7 pula, ia ditawarkan pada harga RM1,299 untuk model 8GB/128GB.

Pra-tempahan juga adalah bermula 24 September sehingga 25 September. Untuk pembeli yang membuat pra-tempah, mereka akan menerima pengurut leher secara percuma.



Jualan secara fizikal pula adalah pada 26 September 2020 di seluruh kedai rasmi realme di Malaysia.

realme 7 pula dilengkapi cip MediaTek Helio G95, panel 90Hz, dan juga kuad kamera 64MP. Bateri adalah lebih besar 5,000mAh dan pengecasannya adalah selaju 30W.

 

 

Berkaitan