Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme 6i Kini Muncul, Dilengkapi Bateri 5000mAh, Helio G80 Dan 48MP

realme 6i Dijual Dengan Potongan Harga RM100 Pada Hari Ini Sahaja

Diterbitkan Julai 16, 2020 oleh Amalina Athman

realme 6i merupakan penawaran model kelas permulaan dalam siri realme 6. Peranti ini telah diperkenalkan dalam pasaran tempatan pada April lalu. Terbaru, realme menawarkan potongan harga RM100 bagi setiap pembelian realme 6i dengan varian RAM 3GB/64GB storan dalaman.

realme 6i

Menyentuh spesifikasi, realme 6i hadir dengan paparan berukuran 6.5 inci IPS LCD HD+. Ia menjalankan cip pemproses MediaTek Helio G80 dengan grafik ARM Mali-G52.

realme 6i dimuatkan dengan tetapan 4 lensa di bahagian belakang iaitu 48MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP potret B&W, dan 2MP lensa makro. Ia juga mempunyai takuk kecil di bahagian hadapan dengan sensor swafoto 16MP.

Dari segi kapasiti bateri, peranti ini didatangkan dengan 5,000mAh dan terdapat sokongan pengecasan pantas 18W melalui penggunaan USB-C.

diskaun realme 6i

realme 6i didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Milk White dan Green Tea. Harga jualan yang ditawarkan adalah RM699. Untuk hari ini, realme 6i boleh didapati dengan harga lebih rendah pada RM599.

Pembelian realme 6i dengan harga tersebut boleh dilakukan melalui Lazada (https://invol.co/clqnru) pada hari ini, 16 Julai 2020.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY