Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Image 2020-03-22 at 9.13.47 PM

realme 6 Kini Rasmi – Dijual Dengan Harga RM999

Diterbitkan Mac 22, 2020 ยท Dikemas kini Mac 23, 2020 oleh Helmi Samsuri

Diperkenalkan di India pada awal Mac yang lalu, kini pasaran tempatan pula mengambil giliran memperkenalkan realme 6. Acara pengenalan model terbaharu ini dibuat menerusi secara dalam talian selari dengan arahan kerajaan yang menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan.

Bagi peminat yang ternanti-nanti akan model terbaru realme ini, ia bakal dijual pada harga RM999. Namun ia boleh didapati lebih murah pada harga RM799 melalui pembelian daripada Lazada. Promosi potongan harga itu hanya ditawarkan pada 27 Mac ini selama jam bermula 12 tengah malam sehingga 2 pagi.

WhatsApp Image 2020-03-22 at 9.13.46 PM

Imbas kembali pada penawaran spesifikasi, realme 6 dilengkapi dengan cip pemproses MediaTek Helio G90T. Ia akan bergandingan dengan memori RAM 4GB dengan storan 128GB dan ia hanya tersedia dengan kombinasi ini sahaja.

realme 6 Kini Rasmi – Dijual Dengan Harga RM999
90344659_2298962107075455_1374193612245852626_n (1)
realme 6 Kini Rasmi – Dijual Dengan Harga RM999

Panel hadapan peranti menampilkan skrin paparan LCD berukuran 6.5 inci dengan resolusi Full HD+. Ia turut menyertakan kadar penyegaran skrin 90Hz dan mempunyai rekaan berlubang pada penjuru atas kiri yang menempatkan kamera 16MP.

realme 6 Kini Rasmi – Dijual Dengan Harga RM999

Rakaman bahagian belakang pula ditugaskan kepada empat kamera yang diketuai oleh 64MP, 8MP kamera ultra lebar, 2MP makro serta 2MP potret. Ciri imbasan cap jari pula diletakkan pada butang kuasa yang terdapat pada sisi kanan peranti.

realme 6 Kini Rasmi – Dijual Dengan Harga RM999

Realme 6 dibekalkan dengan bateri berkapasiti 4300mAh dan untuk isian kuasa, ia menyokong pengecasan pantas 30W. Dua warna yang boleh dipilih adalah Comet White dan Comet Blue.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY