Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2019-03-04 at 4.40.31 PM

Realme 3 Dilancarkan, Hadir Dengan Bateri 4230mAh dan Helio P60

Diterbitkan Mac 4, 2019 ยท Dikemas kini Mac 4, 2019 oleh Helmi Samsuri

Realme kini sudah muncul rasmi dengan peranti baru mereka Realme 3 untuk menempuh pasaran telefon pintar 2019.

Hadir dengan rekaan yang diberi nafas baru berbanding model-model terdahulu, ia kini dilengkapi dengan cip pemprosesan MediaTek Helio P60, skrin paparan 6.2 inci HD+ bersama rekaan takuk kecil untuk kamera swafoto 13MP dengan sokongan imbasan wajah.

Screenshot 2019-03-04 at 4.37.10 PM

Kamera belakang pula diletakkan dengan dwi lensa 13MP+2MP yang disertakan dengan ciri Nightscape untuk tambahkan lagi kualiti rakaman foto pada waktu malam dan Chroma Boost bagi meningkatkan warna serta mengurangkan gangguan pada hasil foto.

Ditawarkan pada dua variasi iaitu RAM 3GB /32GB dan 4GB/64GB, ia dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4230mAh tetapi hanya dibekalkan pengecas 10W. Realme 3 menjalankan antaramuka ColorOS 6.0 berasaskan Android Pie.

Screenshot 2019-03-04 at 4.36.54 PM

Disamping pelancaran versi Global, turut dilancarkan adalah Realme 3 khusus untuk pasaran India yang mana ia akan menggunapakai MediaTek Helio P70 sementara mengekalkan spesifikasi lain.

Mempunyai tiga pilihan warna, Dynamic Black, Radiant Blue, dan Black, harga jualan di India adalah 8999 rupee (~RM518) dan 10,999 rupee (~RM 633).

Sumber: Realme India

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY