Mana tidaknya, Realme 2 Pro ini menawarkan spesifikasi baik dengan harga yang tidak masuk akal. Bayangkan, dengan harga RM 1,099, anda boleh dapatkan sebuah telefon dengan memori sebesar 8GB RAM serta 128GB simpanan dalaman.
Oleh sebab itulah, Realme 2 Pro ini dikatakan telah benar-benar menggegar pasaran telefon pintar dunia. Sepanjang mengikuti pasaran telefon pintar ini, belum pernah rasanya ada mana-mana pengeluar yang berani menawarkan spesifikasi seperti ini dengan harga serendah Realme 2 Pro ini.
Berbekalkan memori sebesar 8GB RAM, anda tidak perlu risau akan masalah peranti beku atau lagging langsung. Ia ditambah pula dengan antara cip kelas pertengahan berprestasi tinggi, Qualcomm Snapdragon 660.
Jika anda seorang yang gemar menyimpan movies atau games, memang kami cadangkan peranti ini untuk anda beli. Ini kerana jika ruang simpanan sebesar 128GB masih lagi tidak mencukupi untuk anda, peranti ini juga menyokong fungsi kad microSD serta memiliki satu slot khas untuknya. Maka, anda tidak perlu korbankan satu slot kad sim untuk menggunakan kad microSD pada peranti ini.
Pengguna juga tidak perlu risau mengenai bateri. Ini kerana dengan berbekalkan bateri berkapasiti 3,500mAh, peranti ini mampu bertahan untuk satu hari penggunaan tanpa sebarang masalah.
Malah, Realme 2 Pro bukan sekadar mengenai RAM dan simpanan dalamannya sahaja. Spesifikasi dan ciri lainnya juga tidak kurang hebatnya. Melihat dari luarnya, reka bentuk telefon ini hampir menyerupai salah satu model induknya, OPPO F9.
Ia menggunakan rekaan skrin Dewdrop Full Screen, mirip dengan Waterdrop yang digunapakai oleh model OPPO F9. Rekaan Dewdrop ini ternyata membantu dalam meningkat nisbah skrin pada peranti untuk model ini apabila ia mempunyai nisbah setinggi 90.8%. Realme 2 Pro hadir dengan skrin bersaiz 6.3-inci dengan resolusi FHD+.
Sistem kamera yang ada pada peranti ini juga adalah baik. Dengan kamera dwi-lensa 16MP+2MP sebagai kamera utama dan 16MP bagi kamera swafoto, kualiti foto yang diambil tidak mengecewakan. Ia mampu berdiri sama tinggi dengan model-model lain yang berharga lebih tinggi.
Oh ya! Pada Festival 11.11 yang lalu, Realme 2 Pro telah muncul sebagai telefon pintar paling laris di Shopee, menewaskan pencabar yang lain. Buktinya, 2500 unit telefon ini telah berjaya terjual dalam masa 3 jam sahaja. Menakjubkan.
Jadi, apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang anda untuk miliki peranti yang layak diiktiraf sebagai paling berbaloi ini segera. Untuk mendapatkannya, anda boleh ke gedung rasmi mereka di Shopee atau terus ke laman sesawang Realme Malaysia.
Jangan lupa untuk mengikuti akaun Facebook rasmi Realme Malaysia untuk perkembangan terkini berkenaan peranti ini dan model-model lain keluaran Realme.
Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Realme Malaysia.
Berkaitan
- Ulasan Penuh Minix Neo U1 Dan Alat Kawalan Jauh Neo A2 Lite
- HONOR 10 Lite - Telefon Kamera Swafoto 24MP Yang Membuktikan Peranti Bawah RM 800 Ini Bukan Biasa-Biasa
- CES 2017: Nokia 6 - Telefon Pintar Android Pertama Dari Nokia
- vivo X21 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia, Akan Mula Dijual 9 Jun Ini
- Pertarungan Kamera 48MP, Antara HONOR 20, Xiaomi Mi 9 Dan Vivo V15 Pro
- Ini 10 Perkara Tentang Huawei Mate 30 Pro Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Beli
- (Ulasan) Razer Phone 2 - "Senjata" Yang Perlu Dimiliki Oleh Setiap Pemain
- realme X2 Pro, Peranti Paling 'Hype' Dengan Cip Pemprosesan Terpantas Snapdragon 855+
- Kejohanan FIFA World Cup 2018 di Rusia Sah Guna Teknologi Video Pembantu Pengadil
- Google Bakal Mempersembahkan Android Wear 2.0 Awal Tahun Depan