Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme 14T

realme 14T 5G Bakal Dilancar 16 Mei – Bateri Tahan 11 Jam

Diterbitkan Mei 9, 2025 oleh Amsyar Latif

realme mengesahkan bahawa model terakhir dalam siri realme 14, iaitu realme 14T 5G, akan dilancarkan secara rasmi pada 16 Mei 2025.

Walaupun menjadi penutup kepada barisan tersebut, peranti ini tampil dengan spesifikasi yang setanding model utama lain dalam siri.

Antara ciri utama termasuk bateri tahan lama sehingga 11.5 jam untuk permainan, paparan AMOLED berkualiti andalan, serta tindak balas sentuhan yang pantas.

Reka bentuknya juga menekankan ketahanan, dengan penarafan IP66, IP68 dan IP69, menjadikannya tahan terhadap debu, air, dan suhu ekstrem.

realme 14T 5G disasarkan kepada pengguna harian dan peminat permainan mudah alih yang mahukan pengalaman lengkap dalam satu peranti. Butiran lanjut dijangka akan diumumkan menjelang pelancaran rasmi nanti.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Setanding 'Powerbank', realme Perlihat Telefon Konsep Dengan Bateri Lebih Besar
  • realme GT7 Dengan Teknologi Penyejukan Baharu Akan Tiba Hujung Mei Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY