Siri realme 12 5G Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM1499

realme Malaysia secara rasmi kini mengumumkan realme 12 Pro+ 5G dan realme 12+ 5G untuk pasaran tempatan.

{suggest}

realme 12 Pro+ 5G




realme 12 Pro+ 5G menampilkan skrin melengkung OLED bersaiz 6.7-inci dengan resolusi FHD+ serta sokongan kadar segar semula 120Hz.

Peranti ini dijana cip Snapdragon 7s Gen 2 bersama konfigurasi memori 8GB/256GB dan 12GB/512GB. Terdapat RAM maya sehingga 12GB, menjadikan jumlah keseluruhan sehingga 24GB.



Untuk kemampuan fotografi, realme 12 dilengkapi tetapan tiga kamera terdiri daripada 50MP utama (Sony IMX890 + OIS), 64MP periskop (OV64B + OIS) dengan 3x zum optikal dan 120x SuperZoom, 8MP ultra lebar serta 32MP kamera swafoto.

Bagi menghidupkan peranti, ia dimuatkan bateri berkapasiti 5,000mAh bersama pengecasan 67W.



Selain itu, realme 12 Pro+ menyokong sambungan Wi-Fi 6, rangkaian 5G, Bluetooth 5.2, penarafan IP65 serta menjalankan realme UI 5.0 berasaskan Android 14. Dua pilihan warna tersedia iaitu Submarine Blue dan Navigator Beige.

realme 12+ 5G


Sama seperti model di atas, realme 12+ 5G juga mempunyai skrin berukuran 6.67-inci FHD+ yang menyokong kadar segar semula 120Hz. Namun, ia didatangkan dengan skrin rata dari jenis AMOLED.

Menguasakan peranti ialah cip MediaTek Dimensity 7050. Hanya satu varian storan yang tersedia, iaitu 256GB storan bersama 12GB RAM LPDDR4x.

Terdapat tiga tetapan kamera di bahagian panel belakang, iaitu 50MP utama (Sony LYT-600 + OIS), 8MP ultra lebar dan 2MP makro. Sementara bahagian hadapan diisi dengan 16MP kamera swafoto.



Untuk kapasiti bateri sama sahaja seperti realme 12 Pro+ 5G - 5,000mAh dan pengecasan 67W.



realme 12+ 5G juga menyokong sambungan Wi-Fi 6, rangkaian 5G, Bluetooth 5.2 serta mempunyai penarafan IP54. Terdapat dua pilihan warna iaitu Pioneer Green dan Navigator Beige.

Harga dan ketersediaan


realme 12+ 5G ditawarkan pada harga RM1499 bagi 12GB/256GB. Bagi realme 12 Pro+, ia tersedia pada harga bermula RM1699, tetapi boleh dibeli pada harga promosi RM1599 sempena jualan 3.3.



Pembelian boleh dilakukan melalui TikTok Shop, Shopee atau Lazada.

Sumber: Siaran Media realme Malaysia