Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Reaksi Awal iPhone 12 Pro Max

Reaksi Awal iPhone 12 Pro Max

Diterbitkan November 15, 2020 · Dikemas kini Februari 23, 2021 oleh Meor Hasyim

Tanggal 13 November sememangnya tarikh yang dinanti-nantikan peminat Apple di tanah air kerana iPhone keluaran terbaharu telah dijual secara rasmi. Setelah sekian lama, rekaan sisi petak yang dimulakan pada iPhone 4 dahulu dihidupkan kembali pada generasi baru ini.

Apa yang boleh kami katakan, rekaan bingkai stainless steel pada peranti ini sangat menarik dipandang. Ia kelihatan premium (sudah tentu bila mengenangkan harga jualannya) bahkan lebih menarik berbanding iPhone 11 Pro Max yang hanya datang dengan sisi melengkung.

Reaksi Awal iPhone 12 Pro Max
Reaksi Awal iPhone 12 Pro Max

Terdapat empat pilihan warna iaitu, Graphite, Silver, Pacific Blue dan Gold dimana tiga terawal daripadanya memang cukup menawan. Namun begitu, sekiranya anda memilih versi Pro Max anda pasti maklum bahawa ia adalah saiz paling besar pernah dikeluarkan oleh Apple.

Penggunaan sebelah tangan bagi pengguna bertangan kecil mungkin sukar dan agak sempit bagi untuk dimuatkan ke dalam seluar. Lebih-lebih lagi pada mereka yang gemar mengenakan seluar jeans.

Reaksi Awal iPhone 12 Pro Max

Selain itu, ia juga lebih berat berbanding iPhone 11 Pro Max sebelum ini. Jika anda melihat kepada spesifikasinya, iPhone 12 Pro Max adalah seberat 228g sedangkan iPhone 11 Pro Max 226g. Walaupun cuma 2g perbezaan, rekaan dengan siri rata ini sedikit menyumbang kepada perasaan berat memegang telefon.

Reaksi Awal iPhone 12 Pro Max

Secara keseluruhan, iPhone 12 Pro Max tidak mempunyai perbezaan yang ketara berbanding iPhone 11 Pro Max. Cip pemprosesannya lebih pantas, kamera lebih baik. Namun masih terlalu awal untuk membuat penilaian terhadap kameranya.

Jika anda mencari perbezaan fizikal lain, anda akan perasan sebuah bulatan kecil. Ia tiada pada iPhone 11 Pro Max. Apakah itu? Ia adalah merupakan sensor LiDAR yang digunakan sebagai kaedah mengukur jarak.

Reaksi Awal iPhone 12 Pro Max

Menariknya melalui pemerhatian kami, sensor ini sangat-sangat membantu dalam pengambilan gambar potret yang lebih kemas.

Reaksi Awal iPhone 12 Pro Max

Seperkara lain yang kami perasan adalah modul kameranya mempunyai bonggol yang agak besar berbanding iPhone 11 Pro Max. Jika anda mencari aksesori pelindung kamera, mungkin anda perlu melihat sama ada ia melindungi kawasan kamera ataupun tidak.

Reaksi Awal iPhone 12 Pro Max Reaksi Awal iPhone 12 Pro Max

Ini adalah sampel awal gambar dari iPhone 12 Pro Max.

Reaksi Awal iPhone 12 Pro Max Reaksi Awal iPhone 12 Pro Max

Jika anda mahu mengetahui dengan lebih lanjut lagi pengalaman kami menggunakan iPhone 12 Pro Max ini, nantikan ulasannya tidak lama lagi.

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY