Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Razorpay Curlec Kini Sokong DuitNow Pay Untuk Pembayaran Dalam Talian Di Malaysia

Razorpay Curlec Kini Sokong DuitNow Pay Untuk Pembayaran Dalam Talian Di Malaysia

Diterbitkan Ogos 26, 2026 ยท Dikemas kini Ogos 26, 2026 oleh Amsyar Latif

Razorpay Curlec kini menyokong DuitNow Pay, membolehkan perniagaan dalam talian di Malaysia menawarkan pengalaman pembayaran yang lebih ringkas melalui integrasi terus dengan rangkaian pembayaran nasional PayNet.

Melalui sokongan baharu ini, pelanggan boleh memilih DuitNow Pay ketika membuat pembayaran, mencari bank atau e-dompet pilihan mereka dan seterusnya meluluskan transaksi melalui aplikasi perbankan masing-masing.

Menurut Razorpay Curlec, pendekatan ini menghimpunkan akses kepada akaun semasa, akaun simpanan, kemudahan kredit dan e-dompet dalam satu kaedah pembayaran, sekali gus mengurangkan langkah yang perlu dilalui ketika checkout.

Syarikat itu turut memaklumkan integrasi terus dengan PayNet membolehkan peniaga menerima keupayaan baharu DuitNow Pay pada masa hadapan tanpa perlu melakukan integrasi semula.

Razorpay Curlec, a payment gateway provider now provides DuitNow Pay for Malaysians The seamless user experience explained (1) high res

Antara fungsi yang dirancang termasuk penyimpanan maklumat pembayaran untuk mempercepatkan pembelian seterusnya, selain sokongan pembayaran berulang bagi langganan, ansuran dan pengebilan berjadual.

DuitNow Pay melalui Razorpay Curlec turut direka dengan pendekatan mengutamakan peranti mudah alih, selain menawarkan penyelesaian transaksi secara masa nyata dan pengesahan melalui aplikasi perbankan pengguna sendiri.

Razorpay Curlec berkata perniagaan yang menggunakan pemalamnya hanya perlu melakukan integrasi sekali bagi menerima penambahan fungsi DuitNow Pay pada masa akan datang.

Pelancaran ini hadir ketika penggunaan pembayaran digital di Malaysia terus meningkat.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/08/26123804/Razorpay-Curlec-a-payment-gateway-provider-now-provides-DuitNow-Pay-for-Malaysians-The-seamless-user-experience-explained-2.mp4

Menurut PayNet, sebanyak 8.44 bilion transaksi diproses sepanjang 2025, manakala Bank Negara Malaysia merekodkan 18.4 bilion transaksi pembayaran elektronik dalam tempoh sama.

Berkaitan

  • Pos Malaysia Kini Sokong DuitNow QR Untuk COD
  • Wise Kini Sokong DuitNow QR Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY