Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Razer Pay: Satu Lagi Aplikasi e-Dompet Membuat Kemunculan Di Malaysia

Razer Pay: Satu Lagi Aplikasi e-Dompet Membuat Kemunculan Di Malaysia

Diterbitkan Julai 5, 2018 · Dikemas kini Julai 5, 2018 oleh Wiser MY

Razer sebuah syarikat yang terkenal dengan peralatan komputer bercirikan gaming kini memperluaskan portfolio perniagaan mereka di Malaysia dengan pelancaran Razer Pay. Razer bekerjasama dengan Berjaya Corp. dalam membawakan aplikasi ini kepada generasi muda dan golongan milenium yang cukup mengenali jenama Razer.

Our #RazerPay e-wallet is now in Malaysia. Find out what it is about and download it today: https://t.co/bdeOI8e6TE pic.twitter.com/N7zDTT2dBQ

— Razer Pay (@RazerPay) July 4, 2018

Pengguna aplikasi boleh membuat bayaran di 7-Eleven untuk membeli tambah nilai perkhidmatan telekomunikasi mereka, menghantar wang dan juga menambah kredit Razer Pay menggunakan akaun atas talian bank.

Razer Pay: Satu Lagi Aplikasi e-Dompet Membuat Kemunculan Di Malaysia

Antara bank yang terlibat adalah AmBank, CIMB, Hong Leong Bank, Maybank dan Public Bank. Untuk industri F&B (Food & Beverages) sebanyak 6000 peruncit utama seperti 7-Eleven, Starbucks, Wendy’s, Kenny Rogers, Krispy Kreme dan 99 Speedmart turut serta menerima aplikasi Razer Pay di cawangan mereka.

Setiap pengguna baharu akan mendapat kredit bernilai RM 10 apabila mereka mendaftar masuk ke dalam aplikasi ini dan tawaran ini terbuka sehingga 30 September 2018.

Pengasas dan CEO Razer, Min-Liang Tan berkata:

Razer Pay akan membuat transaksi tunai harian pengguna menjadi lebih mudah. Kami akan melancarkan servis ini  di Malaysia untuk pasaran pertama sebelum meluaskannya ke pasaran lain. Kami berharap usaha sama ini dapat membawa revolusi tanpa tunai kepada semua pengguna.

Sementara itu, pemilik Berjaya Group berkata yang setiap RM 10 dari pembelian pertama melalui aplikasi Razer Pay akan didermakan ke Tabung Harapan Malaysia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY