Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Razer Blade Studio Edition Kini Mula Ditawarkan. Komputer Riba Khusus Untuk Pembikin Filem

Posted on Oktober 20, 2019Oktober 20, 2019

Berharga USD3,999.99 (sekitar RM16,800).

Sebelum ini di Computex 2019 pada Mei lalu, Razer telah pertontonkan lebih awal kepada para pengunjung, model terbaru komputer riba yang sedang dibangunkan mereka iaitu Razer Blade 15 Studio Edition.

Kini Razer sudah mula menawarkan komputer riba berkuasa tersebut yang dibangunkan khusus untuk penggiat industri kreatif, khususnya kepada pembikin filem.

Apa yang membezakan Razer Blade Studio Edition dengan model komputer riba Razer yang lain adalah ia dilengkapi dengan skrin DCI-P3 (15.6 inci, OLED 4K 60Hz), iaitu standad skrin yang digunakan dalam pembikinan filem digital.

Berbeza dengan komputer riba yang menggunakan skrin RGB, Blade 15 Studio Editon menggunakan skrin DCI-P3.

Selain itu, kuasa grafik Razer Blade Studio Editon turut dikuasakan oleh kad grafik terbaru dari Nvdia iaitu Quadtro RTX 5000 yang menggandakan lagi keperluan VRAM berbanding GeForce RTX 2080.

Selain itu, ia dikuasakan oleh cip pemproesan Intel® Core™ i7-9750H 6 Core (2.6GHz/4.5GHz), kapasiti RM 32GB, storan bersaiz 1TB dan hanya ditawarkan dalam warna Mercury White sahaja.

Razer Blade Studio Editon sudah pun ditawarkan di laman rasmi Razer dan dijual pada harga USD3,999.99 (sekitar RM16,800).

Untuk info lanjut, layari laman Razer.com.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress