Grafik Razer Blade Studio Edition dikuasakan oleh NVIDIA Quadro RTX 5000.
Razer di Computex 2019 mengumumkan 2 model komputer riba terbaru iaitu Razer Blade 15 Studio Edition dan Razer Blade Pro 17 Studio Edition.
Kuasa grafik bagi kedua-dua model komputer ini dikuasakan oleh NVIDIA Quadro RTX 5000. Ia merupakan cip grafik terbaru paling berkuasa dari Nvidia yang dibangunkan khusus bagi komputer riba.
Menurut Razer, cip grafik berkuasa Nvidia ini akan mampu menampung malah melebihi jangkaan pengguna profesional.
Bagi model Razer Blade 15 Studio Edition, ia didatangkan bersama paparan skrin sentuh 4K OLED serta cip pemprosesan Intel Core Gen-9 i7-9750H.
Manakala Razer Blade Pro 17 Studio Edition pula menggunakan panel skrin 4K 120Hz serta cip pemprosesan Intel Core Gen-9 i9-9880H.
Razer belum mengumumkan harga bagi model komputer riba Razer Blade Studio Edition ini. Tetapi ia dijangka akan tiba di pasaran pada September tahun ini.
Info lanjut boleh didapati di laman Razer Blade Studio Edition.
P/s: Berdasarkan spesifikasi yang ada pada Razer Blade Studio Edition ini, penulis menjangkakan harga jualannya akan bermula dari RM15 ribu dan ke atas.
Berkaitan
- Viper Mini - Tetikus 'Gaming' Terbaru Dan Paling Ringan Dari Razer
- Razer Memperkenalkan Komputer Riba Permainan Ultra Nipis Pertama Di Dunia - Razer Blade Stealth 13
- ASUS Vivobook S 15 OLED BAPE Edition - Bila Pakai, 'Confirm' Orang Tanya "Laptop Apa Ni Bro"
- Aplikasi Pelayar Vivaldi Kini Diselaras Bersama Perkakasan Razer Chroma
- ASUS Mengumumkan Edisi Terhad ZenFone 6 Edition 30
- 'Iskur', Kerusi Pertama Dari Razer Khusus Untuk Pemain Tegar Permainan Komputer
- Ini Bukan Bahan Jenaka Tapi Memang Betul, Razer Keluarkan Pencukur Edisi Terhad
- Studio Animasi Jepun Bersatu Menubuhkan Saluran YouTube Anime Percuma
- MSI Dianugerahkan Golden Award Oleh Computex 2019 Menerusi Model Terbaru Komputer Riba MSI GT76 Titan
- Razer Fintech Dijenamakan Semula, Tampil Dengan Identiti Baharu