Razer Huntsman Dengan Suis Mekanikal Cahaya Yang Lebih Pantas

Papan kekunci mekanikal telah lama berada di pasaran dengan papan kekunci IBM Model M diingati sebagai bapa papan kekunci mekanikal moden dengan penggunaan teknologi suis ikonik, buckling spring pada ketika itu membuatkan pengalaman menaip di atasnya lebih selesa dan cepat.

Suis mekanikal moden ketika ini menampilkan teknologi yang hampir sama dengan beberapa pengeluar yang kebanyakkannya dari China.



Razer Huntsman menambah satu lagi variasi suis mekanikal ke dalam pasaran papan kekunci mekanikal dengan suiz cahaya. Dengan suiz ini, Razer mendakwa titik pengaktifan akan lebih cepat diaktifkan kerana menggunakan jaluran cahaya berbanding sebelum ini menggunakan sentuhan besi.



Kapsyen: Pengaktifan butang berlaku apabila cahaya mengenai titik pengaktifan


Razer juga mendakwa suis Razer Opto-Mechanical™ ini lebih tahan lasak dan mempunyai jangka hayat sehingga 100 juta pengaktifan berbanding suis lain sekitar 50-60 juta.

Kapsyen: Razer Huntsman


 

Kapsyen: Razer Huntsman Elite


Razer Huntsman terdapat dalam dua pilihan dengan versi Razer Huntsman Elite dilengkapi wrist rest bersama-sama butang media berasingan. Harga yang ditawarkan adalah RM 649.00 untuk Razer Huntsman dan RM 949.00 untuk Razer Huntsman Elite.